ANGGOTA Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang terlibat dalam kerja atau latihan penyenggaraan, termasuk bagi Meriam Howitzer Gerak-Sendiri Singapura (SSPH) dalam kes kematian pelakon Aloysius Pang, kini perlu menjalani latihan untuk menggunakan butang henti kecemasan.
Teknisyen juga perlu menjalani latihan 'Fikir-Periksa-Buat' sebelum menjalani kerja atau latihan penyenggaraan, yang mengingatkan mereka tentang peranan dan tanggungjawab serta pelbagai prosedur keselamatan.