Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapatkan baucar beli-belah di akhbar terbitan SPH

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



ORANG ramai boleh mendapatkan baucar beli-belah beberapa peruncit tempatan bernilai lebih $150,000 menerusi akhbar terbitan Singapore Press Hodlings (SPH) menjelang acara jualan hebat yang amat dinantikan hujung minggu ini.



Baucar Black Friday dan Cyber Monday oleh SPH itu telah diterbitkan semalam dan juga pada hari ini dalam akhbar The Straits Times, The New Paper, Lianhe Zaobao dan Berita Harian.



Bagi akhbar Shin Min, baucar berkenaan telah pun diterbitkan semalam manakala baucar bagi akhbar Lianhe Wanbao diterbitkan hari ini.



Peruncit terbesar setempat seperti BHG, Courts, Gain City, Harvey Norman dan Metro menawarkan enam baucar beli-belah bernilai lebih daripada $150,000 kepada pembaca akhbar SPH.



Pembaca boleh mendapatkan baucar tersebut dengan mengimbas kod QR yang disediakan dan membuat akaun secara dalam talian.



Baucar unik itu kemudian akan dihantar ke alamat e-mel pembaca.



Pembaca boleh menerima hanya satu bagi setiap enam baucar yang ditawar:



  • BHG: Diskaun $20 bagi perbelanjaan sekurang-kurangnya $160

  • COURTS: Diskaun $20 bagi perbelanjaan $100

  • Gain City: Diskaun $30 bagi perbelanjaan $120

  • Gain City: Diskaun $100 bagi perbelanjaan produk tilam (yang boleh didapatkan di Megastore Gain City di Sungei Kadut) sebanyak $300

  • Harvey Norman: Diskaun $25 bagi perbelanjaan $100

  • Metro: Diskaun $10 bagi perbelanjaan $100

Setelah mendapatkan baucar tersebut, pembaca boleh menebusnya di cawangan peruncit berkenaan mula hari ini hingga Isnin (27 hingga 30 November).



Baucar tersedia dalam jumlah terhad dan selagi stok masih ada.



CARA MENDAPATKAN BAUCAR



  • Imbas kod QR untuk mendapatkan baucar pilihan anda

  • Daftar untuk membuat akaun dalam talian

  • Baucar tersebut akan dihantar ke alamat e-mel pembaca

  • Tebus baucar itu di cawangan peruncit dari Jumaat hingga Isnin ini (tertakluk kepada terma dan syarat)

Untuk maklumat selanjut, sila lungsuri laman ini: shopforgood.sph.com.sg/black-friday/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >