ORANG ramai kini boleh mendapatkan berita terkini berkenaan keadaan Covid-19 dalam bahasa Melayu menerusi saluran WhatsApp yang disediakan Gov.sg, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Saluran bahasa Melayu itu juga akan berkongsi maklumat tentang bantuan khusus yang disediakan untuk masyarakat Melayu/Islam di bawah Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu.