Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapatkan juadah Ramadan secara 'online' dilancar di Woodlands

Apr 19, 2021 | 05:30 AM



SETIAP Ramadan sejak 2016, penduduk Woodlands boleh dapatkan beriani percuma setiap Isnin untuk dijadikan hidangan berbuka puasa.



Namun, dek keterbatasan yang disebabkan koronavirus Covid-19 dengan banyak langkah pengaturan selamatnya, sedikit perubahan terpaksa dilakukan.



Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk terjaga, satu inisiatif untuk mengubah agihan beriani mingguan itu kepada pengambilan makanan secara 'online' telah dilancarkan semalam.



Dinamakan Ramadan BAM (Belanja A Meal)@Woodlands, inisiatif itu serupa dengan BAM@Woodlands sedia ada.



Melalui inisiatif itu, kad peribadi dengan kod QR unik diberikan kepada penerima bantuan atau penduduk yang kemudiannya boleh mendapatkan makanan di gerai-gerai yang mengambil bahagian dengan mengimbas kod QR di kad tersebut.



Tambahan pada itu, bagi Ramadan BAM@ Woodlands, kad elektronik (e-kad) telah diberikan yang boleh digunakan penduduk yang memiliki telefon bijak.



Dengan adanya e-kad itu, penduduk tidak perlu bersusah payah pergi ke kelab masyarakat untuk mengambil kad mereka, sekali gus mengurangkan bilangan orang yang berada di situ.



Penasihat GRC Sembawang (Woodlands), Cik Mariam Jaafar, telah melancarkan inisiatif itu semalam yang tercetus hasil kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Woodlands dan Pejabat Digital Woodlands.



Ditemui di Kampung Admiralty, Cik Mariam berkata:



"Melalui projek Ramadan BAM@Woodlands ini, walaupun ada Covid-19, kita tetap boleh melaksanakan pengagihan juadah berbuka puasa.



"Selain itu, penduduk boleh pilih apa yang mereka nak makan, mungkin minggu ini nak makan ayam penyet, minggu depan nak makan beriani, semua boleh, atau pilih hari apa mereka mahu (ambil makanan itu)."



Penduduk boleh mendaftar setiap hujung minggu, dengan maksimum lima orang setiap isi rumah setiap minggu, tertakluk pada ketersediaan.



Mereka kemudian akan menerima e-kad melalui telefon bimbit mereka dan boleh mengambil makanan dengan mengimbas kod QR yang ada pada bila-bila masa sepanjang minggu itu.



Selain pelancaran Ramadan BAM@Woodlands, Cik Mariam turut menyertai Jalan-jalan Ramadan di mana 2,000 bungkus kurma diagihkan kepada penduduk Muslim dan bukan Muslim di Woodlands North Plaza, kedai kopi Woodlands dan Kampung Admiralty.



Beliau turut berbuka puasa dengan beberapa peserta Ramadan BAM di Pusat Penjaja Kampung Admiralty.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >