Dapatkan sokongan awal sebelum proses perceraian
PPIS As-Salaam sedia bantuan menerusi program bagi keluarga dan anak pasangan bercerai dan dalam proses cerai
May 26, 2016 | 05:30 AM
PASANGAN Muslim dalam proses bercerai boleh mendapatkan lebih banyak sokongan menerusi program yang dilakarkan di Pusat Sokongan Keluarga PPIS As-Salaam.
PPIS As-Salaam adalah salah satu daripada empat Agensi Pakar Sokongan Perceraian (DSSA) yang bertujuan mempertingkat tumpuan pada anak dan menyediakan sokongan bagi keluarga dan anak pasangan bercerai dan dalam proses cerai.