Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dapatkan vaksin sepanjang hayat

Kaedah paling berkesan lindung diri daripada penyakit berjangkit: Laporan
Jul 02, 2021 | 05:30 AM



MENDAPATKAN vaksinasi pada setiap peringkat kehidupan setelah melalui zaman kanak-kanak kekal antara cara paling berkesan melindungi diri daripada penyakit berjangkit.



Demikian menurut satu dapatan kajian.



Dengan pertambahan usia, fungsi kekebalan tubuh kian lemah dan lebih mudah terdedah kepada penyakit berjangkit seperti selesema dan radang paru-paru. Ini boleh menimbulkan komplikasi kesihatan yang lain.



Walaupun vaksin amat berkesan dalam mencegah penyakit, namun, rantau Asia Tenggara masih ketinggalan berbanding seluruh dunia dalam aspek mendapatkan vaksin sepanjang hidup - proses yang dikenali sebagai pengimunan sepanjang hayat.



Dalam laporan bertajuk, Dekad Penuaan Sihat di Asean: Peranan Pengimunan Sepanjang Hayat yang terbit Selasa lalu, ia menyatakan rantau ini masih belum mencapai sasaran 75 peratus pengimunan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Sebagai contoh, kadar vaksinasi Singapura bagi demam selesema hanya 14 peratus berbanding dengan 75 peratus di Britain dan 83 peratus di Korea Selatan.



Laporan itu disiapkan oleh Majils Perniagaan Kesatuan Eropah-Asean, firma perakaunan KPMG di Singapura dan syarikat gergasi farmaseutikal Sanofi, dengan sokongan Forum Farmaseutikal Pasifik Barat (WPPF).



Presiden WPPF, Encik John Jackson berkata:



"Walaupun pelaksanaan lanjut bagi program imunasi sepanjang hayat akan lebih mahal dan melibatkan aturan logistik yang kompleks, pilihan lain akan jauh lebih mahal...



"Masa semakin singkat dan tindakan segera perlu diambil. Ini penting bagi menangani isu yang mengancam penduduk menua daripada menjalani kehidupan sihat."



Pandemik seperti Covid-19 membuktikan bahawa golongan warga emas lebih cenderung mengalami komplikasi serius, menyebabkan mereka termasuk dalam golongan mudah terdedah yang perlu dilindungi kerana mudah terjangkit.



Dengan peralihan demografik Asean terhadap penduduk kian menua, potensi beban ekonomi ke atas generasi masa depan akan meningkat.



Laporan itu mengemukakan beberapa saranan termasuk daripada golongan pakar dari rantau ini. Ia termasuk:



  • Menyedari pentingnya dan memperuntuk sumber kepada pengimunan sepanjang hayat.

  • Memperbaiki akses awam ke tempat vaksinasi supaya lebih mudah dikunjungi orang ramai.

  • Meningkatkan tahap pendidikan awam mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin terutama dalam kalangan warga tua.

  • Mendapatkan sokongan sektor privet dengan merangkumkan bayaran tahunan vaksin dalam program faedah pekerja; dan mendapatkan insurans kesihatan yang menampung kos vaksin.

Pengarah eksekutif Majlis Perniagaan Kesatuan Eropah-Asean, Encik Chris Humphrey berkata:



"Walaupun kita hidup lebih lama, tidak semestinya kehidupan kita lebih sihat... Asia Tenggara perlu mula merancang dari sekarang untuk memastikan kita mengambil tindakan dasar yang tepat - termasuk dalam penjagaan pencegahan."




"Walaupun kita hidup lebih lama, tidak semestinya kehidupan kita lebih sihat... Asia Tenggara perlu mula merancang dari sekarang untuk memastikan kita mengambil tindakan dasar yang tepat - termasuk dalam penjagaan pencegahan."
- Pengarah eksekutif Majlis Perniagaan Kesatuan Eropah-Asean, Encik Chris Humphrey.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >