SEKITAR RAMADAN
Dapatkan wang kertas baru di 4 cawangan SingPost
Orang ramai boleh kunjung cawangan Paya Lebar, Tampines Central, Woodlands Central dan Jurong West
Jul 03, 2015 | 05:30 AM
BUAT julung-julung kalinya, pelanggan DBS/POSB boleh mendapatkan wang kertas baru sempena Hari Raya ini di empat cawangan bank tersebut di SingPost.
Empat cawangan itu ialah Paya Lebar, Tampines Central, Woodlands Central dan Jurong West.