Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

Darah tinggi: S'pura kekalkan ukuran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Darah tinggi: S'pura kekalkan ukuran

Nov 18, 2017 | 05:30 AM

SINGAPURA tidak akan menggunakan ukuran tekanan darah baru lebih tinggi yang disyorkan Persatuan Jantung Amerika (AHA).

Persatuan tersebut telah mengesyorkan ukuran tekanan 130/80, tetapi Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia akan terus menggunakan ukuran 140/90 yang ada sekarang bagi mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi atau tidak.

Jurucakap MOH berkata ukuran 140/90 itu merupakan nilai yang digunakan Eropah dan Australia.

"Pada dasarnya, penggunaan garis panduan baru ini mengubah definisi tekanan darah tinggi bagi pesakit di Amerika Syarikat, namun ia tidak mengubah pendekatan kepada pengurusan (tekanan darah tinggi) secara amnya," kata beliau, lapor akhbar The Straits Times.

Ini kerana walaupun dengan tahap baru tersebut, sekitar 80 peratus daripada pesakit darah tinggi yang baru dikenal pasti tidak memerlukan sebarang ubat, hanya perubahan pada gaya hidup sahaja.

Berdasarkan definisi baru AHA itu, sekitar 46 peratus rakyat Amerika kini boleh dianggap menghidap tekanan darah tinggi, meningkat daripada 36 peratus.

Jurucakap MOH menambah kementeriannya akan terus mengkaji garis panduan baru AHA itu, dan bagaimana ia dapat digunakan bagi penduduk setempat.

"Tekanan darah boleh dikekalkan dalam lingkungan yang sihat dengan menjalani gaya hidup sihat seperti mempunyai diet seimbang, mengelak pengambilan garam berlebihan, menjalani kegiatan fizikal tetap dan tidak merokok," ujarnya.

Ditanya Berita Harian mengenai keputusan MOH untuk mengekalkan ukuran tekanan darah yang ada sekarang, pengarah sebuah rangkaian klinik perubatan, Dr Elias Tam, berkata pengurusan penyakit darah tinggi tetap tidak berubah.

"Mereka yang mengalami tekanan darah yang lebih daripada 130/80 tanpa faktor risiko yang lain memang sepatutnya membuat perubahan kepada gaya hidup mereka, walaupun di bawah tahap yang disarankan sekarang (140/90)," katanya.

Beliau menambah orang ramai perlu sering memantau tahap tekanan darah mereka, terutama yang mempunyai tekanan darah di peringkat tinggi.

"Penyakit darah tinggi ini terkenal sebagai pembunuh senyap.

"Kebanyakan pesakit tidak akan menunjukkan sebarang simptom, terutama sekali dalam kes tekanan darah tinggi yang ringan.

"Oleh itu, penting untuk mendapatkan pemeriksaan rutin atau pemeriksaan tekanan darah semasa lawatan ke doktor keluarga," ujarnya.

Dr Tam berkata antara simptom yang boleh dialami mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi termasuk sakit kepala berpanjangan dan rasa pening.

Simptom lebih serius termasuk rasa sakit di dada dan sesak nafas.

Kajian Kesihatan Nasional 2010 mendapati 23.5 peratus warga Singapura mengalami tekanan darah tinggi manakala satu daripada empat tidak menyedarinya.

Lebih separuh mereka yang berumur 60 tahun ke atas juga didapati mengalami tekanan darah tinggi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3