Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KONVENSYEN PAP

Dari aliran normal kini pensyarah politeknik

Nov 11, 2019 | 05:30 AM



DARIPADA aliran normal di sekolah menengah, beralih ke politeknik, kemudian meraih ijazah sarjana muda dan akhirnya, genggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD).



Ini merupakan laluan pendidikan yang dilalui sukarelawan Pasir Ris East dan divisyen Punggol East, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Pensyarah kanan Politeknik Republik (RP), 41 tahun yang berucap semasa Majlis Anugerah PAP65 dan Konvensyen PAP di Singapore Expo, berkata peluang sedemikian tidak mungkin datang bergolek tanpa peluang yang ditawarkan sistem pendidikan di sini.



"Pendidikan adalah kunci mempertingkat mobiliti sosial kerana itulah caranya kita dapat membantu mereka yang kurang berpendapatan atau tidak begitu mahir dalam bidang akademik, untuk memajukan diri dan mengelak masyarakat daripada berlakunya pecah-belah kerana darjat atau stratifikasi," ujarnya yang mengajar di Sekolah Sukan, Kesihatan dan Riadah RP.



Dalam ucapannya, Dr Wan yang merupakan anak kepada pekerja stor dan pekerja kilang, juga menyingkap pengalaman hidupnya tinggal di kampung di bahagian timur Singapura, bermain pelbagai jenis sukan dengan kanak-kanak lain, tidak kira bangsa.



Di politeknik pula, hatinya mula terpaut pada sukan dan ini mendorongnya menjadi seorang guru pendidikan jasmani.



Beliau teringat apabila mengajar di sekolah rendah, bagaimana seorang pelajar yang dikenali sebagai James (bukan nama sebenar) dan berkerusi roda serta menghidapi serebral palsi, sering duduk di bahagian belakang dewan sahaja dan tidak melibatkan diri dalam kelas.



Sebagai guru, Dr Wan yang mula aktif sebagai aktivis PAP sekitar tiga tahun lalu atas dorongan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, mahu mengambil pendekatan berbeza selain menggalak inklusiviti.



Beliau mengubah peraturan bermain sukan 'handball' sehingga James mampu menyumbatkan gol.



"Melihat wajahnya apabila beliau menjaringkan gol, memberi saya satu matlamat baru untuk memperbaiki keupayaan saya sebagai guru," katanya.



Beliau meraih ijazah sarjana muda dengan Kepujian dalam Pendidikan Jasmani pada usia 31 tahun dan selepas mempunyai tiga cahaya mata, meraih ijazah PhD dalam Penguasaan Motor Manusia dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pula.



Menerusi cerita James itu, Dr Wan yang kini mempunyai empat anak berusia antara dua tahun dengan 12 tahun, menggesa anggota parti lain yang hadir agar lebih memahami cabaran yang dihadapi penduduk demi membentuk dan membuat perubahan ketara sedang Singapura terus berkembang maju.



"Janganlah kita malapkan visi, misi dan kewajipan kita untuk terus memberi wadah dan ruang serta peluang untuk semua lapisan masyarakat.



"Marilah kita sebagai anggota parti bersama berganding bahu untuk membina Singapura yang lebih baik dan cerah untuk semua rakyat," katanya.



Dr Wan yang juga aktif di Masjid Al-Istifghar di Pasir Ris, turut menyambut baik usaha pemerintah mewujudkan pelbagai laluan pendidikan bagi meraih kejayaan.



"Tidak semestinya, mereka yang lulusan universiti atau dari aliran ekspres akan lebih berjaya daripada lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) atau daripada aliran normal.



"Dalam ekonomi kita, setiap rakyat mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat.



"Yang penting, mereka perlu rajin dalam mencari peluang-peluang yang sedia ada,"ujarnya.




"Kita amat bertuah menjadi negara yang hebat di mana mobiliti sosial dapat diteruskan. Dengan dasar yang baik, kita akan dapat membantu generasi masa depan Singapura meraih kejayaan lebih tinggi. Namun kita perlu lakukannya bersama. Pemerintah sahaja tidak boleh bertanggungjawab bagi mobiliti sosial. Setiap rakyat Singapura perlu percaya pada diri mereka sendiri, mempunyai corak pemikiran yang betul dan tidak berputus asa dalam mengecapi cita-cita mereka."
- Aktivis di Kembangan-Chai Chee, Encik Kawal Pal Singh




"Sejak kebelakangan ini, lebih banyak tumpuan diberi terhadap isu berkaitan bangsa, budaya dan agama di Singapura. Secara peribadi, saya amat gembira kita tidak takut adakan perbincangan terbuka mengenai isu sensitif ini. Untuk bina sebuah masyarakat meritokratik pelbagai bangsa, agama dan budaya, memang merupakan satu usaha yang berat. Untuk mengekalkan dan mengembangkannya, juga tidak kurang sukarnya dan kita tidak boleh menjauhkan diri daripadanya. "
- Pengerusi cawangan Paya Lebar, Encik Alex Yeo




"Dengan kepercayaan, kita dapat mengukuhkan hubungan bagi jangka masa panjang. Bagaimana kita dapat mengukuhkan hubungan kita bagi jangka masa panjang? Kita perlu pertingkat kepercayaan antara satu sama lain dengan memilih untuk tidak mengaku kalah, tidak berputus asas dan memberikan yang terbaik kepada satu sama lain."
- Aktivis Cik Rachel Ong dari kawasan undi Tampines




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >