PENIAGA 'EKSPERIMENTAL' DI BAZAR RAMADAN
Dari gerai daging jual beriani dan kurma
Jul 05, 2015 | 05:30 AM
APABILA penjual jual daging, Encik Hamzah Kochen Mohamed, menyewa gerai di Bazar Tampines dengan harga $11,000, ramai anggota keluarganya terkejut dan tertanya-tanya.
Bukan sahaja faktor harga yang tinggi membuatkan mereka bimbang bahkan timbul kerisauan juga kerana ini adalah kali pertama beliau mengendalikan gerai.