Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANTARA YANG MENARIK DI ‘THE BM SHOW’ ESOK

Dari hujung jemari ke gudang RedMart dan ke rumah

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



Pernahkah terlintas di fikiran anda bagaimana agaknya rupa gudang yang menyimpan pelbagai barang runcit dan bagaimana barang yang anda pesan dalam talian dengan hanya menggunakan jari-jemari anda, dapat disediakan dengan cekap, pantas dan ia dihantar terus ke depan pintu rumah anda? Minggu ini, buat kali pertama, syarikat RedMart membuka gudang terbaru mereka yang canggih kepada pihak media. Koresponden Irma Kamarudin telah meneroka gudang Redmart di Jurong West yang seluas 350,000 kaki persegi dan dibina pada kos hampir $100 juta untuk melihat sendiri bagaimana syarikat itu menguruskan lebih 15,000 pesanan setiap hari. Bayangkan gudang itu dapat menempatkan barang runcit yang perlu disimpan pada suhu bilik tetapi juga yang beku. Di samping itu, hos, Hanim Mohd Saleh pula telah bertemu dengan Ustaz Nor Muhammad Ali. Kalau lazimnya Ustaz hanya dapat dilihat di majlis-majlis ilmu siap dengan songkok atau jubah, tetapi kini sebaliknya dengan topi sambil bermain papan luncur. Pendek kata macam 'Ustaz Skateboard!' Tonton 'The BM Show', episod keenam, bermula 10 pagi di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura esok. 'The BM Show' bawa penonton ikuti proses teknologi automasi bagi penuhi tempahan dalam talian



CANGGIH dan menggunakan teknologi automasi - gudang terbaru syarikat runcit dalam talian terbesar Singapura, RedMart, di Jurong West menampilkan sistem dan teknologi terkini dan dibina dengan kos hampir $100 juta demi memenuhi keperluan warga Singapura pada masa depan.



Segmen Singapura The BM Show minggu ini membawa penonton meninjau cara syarikat itu menyimpan bekalan barangan mereka dan menyiapkan pesanan pelanggan.



Gudang baru seluas 350,000 kaki persegi - kira-kira sebesar enam padang bola sepak - itu dilancarkan sempena ulang tahun ke-10 RedMart pada Oktober lalu.



Berkongsi bersama The BM Show, Ketua Pegawai Runcit dan Ketua Barangan Runcit Lazada, Encik Richard Ruddy, berkata syarikatnya mempunyai visi bahawa permintaan bagi barang runcit akan tumbuh dan cara memesan dalam talian akan menjadi bahagian terpenting dalam pasaran memandang ke hadapan.



"Oleh itu, kami memutuskan untuk membina gudang ini dengan memikirkan tentang masa depan.



"Dengan itu, ia membolehkan kami meningkatkan jumlah pesanan yang dikendalikan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan tanpa perlu menambahkan jumlah kakitangan dan membolehkan kami bekerja dengan berkesan," kata beliau.



Semasa kunjungan The BM Show, pengurus operasi syif, Encik Muhammad Reno Abdul Rashid, telah membawa hos Irma Kamarudin mengenali dua sistem teknologi automasi yang digunakan di gudang itu dengan lebih dekat.



Ini termasuk sistem Goods To Person Picking (GTP), sebuah sistem penyimpanan dan pengambilan barang, di mana hampir 50,000 produk boleh diatur, disimpan dan diambil secara automatik untuk memenuhi pesanan pelanggan.



Satu lagi ialah sistem Pick To Light (PTL), yang mengautomasikan pemilihan dan pengisihan barang beku, sejuk dan segar.



"Untuk fungsi PTL ini, akan ada seorang sahaja yang menjaga zon kerja bagi seluruh syif.



"Jadi apabila sampai ke pelanggan, hanya dua orang sahaja yang akan pegang barangnya, iaitu yang tukang ambil dan tukang bungkus…



"Jadi dalam RedMart, barang-barangnya semua ada sentuhan minimal," ujar Encik Reno, sambil menekankan tentang aspek keselamatan kebersihan sistem itu.



Saksikan kunjungan ke gudang canggih RedMart ini dalam episod keenam The BM Show di Facebook dan Instagram Berita Harian serta laman BH.sg esok.




"Oleh itu, kami memutuskan untuk membina gudang ini dengan memikirkan tentang masa depan.

Dengan itu, ia membolehkan kami meningkatkan jumlah pesanan yang dikendalikan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan tanpa perlu menambahkan jumlah kakitangan dan membolehkan kami bekerja dengan berkesan."

- Ketua Pegawai Runcit dan Ketua Barangan Runcit Lazada, Encik Richard Ruddy.



"Untuk fungsi PTL (Pick To Light) ini, akan ada seorang sahaja yang akan menjaga zon kerja bagi seluruh syif.

Jadi apabila sampai ke pelanggan, hanya dua orang sahaja yang akan pegang barangnya, iaitu yang tukang ambil dan tukang bungkus…

Jadi dalam RedMart, barang-barangnya semua ada sentuhan minimal."

- Pengurus operasi syif, Encik Muhammad Reno Abdul Rashid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >