Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari keberatan sertai Pandu Puteri, pelajar RGS, Alisha Insyirah, kini penerima Anugerah Pandu Puteri Presiden

Dec 09, 2021 | 12:10 AM



APABILA Alisha Insyirah Jasni memasuki Sekolah Perempuan Raffles (RGS), dia perlu memilih kegiatan kokurikular. Daripada enam pilihan, Pandu Puteri adalah pilihannya yang kelima.



Tentunya pada ketika itu dia kecewa kerana diminta menyertai pasukan berseragam itu.



Bagaimanapun, Alisha cuba sahaja kegiatan ini. Tiga tahun selepas itu, gadis berusia 16 tahun ini menjadi ketua pasukan Pandu Puteri RGS dan merupakan antara lima penerima Anugerah Pandu Puteri Presiden (PGA) yang disampaikan Presiden Halimah Yacob pada Rabu (8 Disember).



Puan Halimah turut menyampaikan Anugerah Pengakap Presiden (PSA) kepada 23 pengakap teroka dalam satu upacara di Istana yang dihadiri penerima anugerah sementara anggota keluarga mereka menontonnya dalam talian.



Anugerah ini adalah yang tertinggi disampaikan kepada Pandu Puteri dan Pengakap Teroka paling cemerlang sebagai pengiktirafan pada prestasi mereka, khidmat kepada masyarakat dan dedikasi kepada gerakan Pandu Puteri dan Pengakap.



Puan Halimah dalam catatan Facebook berkata kesemua penerima anugerah PGA dan PSA ini menampilkan sikap berbudi dan kebingkasan dengan tidak mementingkan diri mereka sendiri demi bakti buat masyarakat malahan dalam tempoh mencabar kini.



"Saya berharap ramai belia akan meraih inspirasi daripada mereka dan saya yakin mereka akan terus membawa perbezaan positif dalam kehidupan orang lain."



Dalam wawancara bersama akhbar The Straits Times, Alisha berkata:



"Saya rasa gembira dengan penghormatan menerima anugerah ini. Ia adalah satu pengiktirafan pada usaha yang saya laburkan dan satu peringatan terhadap mereka yang menyokong saya seperti ibu bapa, teman seperjuangan dan pandu puteri lebih senior."



Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Singapura, Cik Koh-Teh Yi Wen, berkata anak muda seperti penerima Anugerah PGA, dengan komitmen mendalam mereka untuk memacu perubahan positif membawa petanda yang baik bagi masa depan mereka.



Salah satu acara yang paling diingati Alisha adalah ketika dia menganjurkan kem dalam talian pertama buat Pandu Puteri di RGS. Kem dua hari itu berlangsung pada Jun lalu di platform panggilan video dalam talian Zoom. Ia melibatkan usaha mengajar pandu puteri kemahiran berkhemah dan menjalankan kegiatan luar dengan menggunakan platform pembelajaran berpangkalan permainan iaitu Kahoot dan lanjutan Google Chrome yang membuatkan slaid lebih interaktif buat pengguna.



"Saya berasakan kerana Covid-19, kita perlu menerima norma yang berubah tetapi di sebalik segalanya, kita perlu kekal inovatif dalam memastikan tradisi Pandu Puteri diteruskan," jelasnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >