SISTEM pengangkutan hari ini kini sedang dilanda perubahan besar- besaran - sebahagian besarnya disebabkan perkembangan dalam teknologi pengangkutan transformatif.
Sekalipun kita sudah terbiasa dengan tempoh penerbangan antarabangsa yang agak panjang, sistem pengangkutan awam yang sesak serta trak berat yang mampu menjangkau 100 kilometer dengan sekitar 11 liter diesel, masa depan teknologi pengangkutan menjanjikan perubahan besar-besaran - dan ia sesuatu yang mungkin akan dilihat dalam tempoh masa yang lebih dekat daripada yang dijangka!