KURANG memahami prosedur dalam urus niaga membeli apartmen studio (SA) menyebabkan sebilangan warga emas yang sudah menerima 'nombor bertuah' bagi mendapatkan flat kecil itu terperangkap apabila mereka mahu menjual rumah sedia ada yang dimiliki, menurut beberapa ejen hartanah.
Kesulitan timbul apabila pasangan itu tidak membuat perkiraan wang yang betul semasa menjual rumah sedia ada, terutama pasangan yang mempunyai tunggakan pinjaman rumah dengan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), atau yang masih mempunyai jumlah baki pinjaman yang besar.