Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dari kolam ke laut ke Olimpik... hasil renang keluar zon selesa

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



USAHA sedaya uapaya dan beri yang terbaik, bagaikan ia perlumbaan terakhir.



Itulah antara kata-kata motivasi yang dipegang perenang Singapura Chantal Liew apabila berdepan cabaran berenang di laut di Portugal bulan lalu.



Liew bukan bertanding dalam perlumbaan biasa di bandar Setubal itu. Beliau berlumba untuk mencapai impiannya sejak kecil - bersaing di Sukan Olimpik.



Dan ia mugkin perlumbaan terakhirnya jika beliau gagal.



"Jika Setubal ditakdirkan menjadi perlumbaan terakhir bagi saya, maka ia akan menjadi perlumbaan terakhir. Sebab itulah saya memastikan saya memberi yang terbaik semasa perlumbaan itu," kata Liew.



Kecekalan Liew membawa ganjaran manis apabila beliau mencipta sejarah menjadi atlet Singapura pertama layak menyertai acara renang laut terbuka di Sukan Olimpik.



Liew, 22 tahun, gembira berada di tempat ke-29 dalam acara renang 10 kilometer dengan masa dua jam, 12 minit dan 20 saat.



Beliau berada di Setubal bagi acara kelayakan Maraton Renang Fina Olympik yang disertai 40 perenang dari serata dunia.



Liew muncul sebagai peserta Asia terbaik selepas dua perenang Jepun, Yumi Kida (2:03:03, tempat ke-12) dan Minami Niikura (2:04:56, tempat ke-19).



Memandangkan Jepun sudah mendapat tempat bagi acara itu sebagai hos Olimpik 2020, Liew satu-satu peserta yang mengisi kuota yang ditetapkan bagi benua Asia.



Beliau mewakili Singapura dalam Sukan SEA 2015 sebagai perenang kuak lentang. Selepas gagal layak ke Sukan SEA berikutnya, beliau memutuskan mencuba renang laut terbuka.



Liew tidak teragak-agak membuat peralihan itu kerana berpengalaman berenang di laut terbuka.



Setelah melihat bekas rakan sepasukannya Hendrick Faber bersaing dalam beberapa perlumbaan, Liew tidak pernah menganggap acara itu sesuai baginya. Namun, hatinya mula terbuka mencuba sesuatu baru.



"Pada 2017, saya terfikir, 'Oh baiklah, saya rasa, kalau Hendrick boleh melakukannya, tidak mungkin ia satu perkara sukar'.



"Saya melihat Hendrick melakukannya berkali-kali hingga idea (menyertai renang laut terbuka) sama sekali tidak asing bagi saya lagi," kata Liew.



"Saya juga gemar melakukan selam skuba di laut terbuka, jadi saya selesa berenang di laut. Oleh itu, saya fikir mengapa tidak saya mencubanya dan lihat apakah saya dapat layak ke Sukan SEA setelah gagal dalam acara kolam renang."



Di Sukan SEA 2017, Liew menang pingat gangsa menerusi acara renang laut terbuka 10 kilometer, sekali gus mencipta sejarah menjadi srikandi renang Singapura pertama meraih pingat dalam acara itu.



Beliau mencatat masa dua jam 21 minit dan 30 saat - masa peribadi terbaiknya.



Pingatnya itu diubah menjadi pingat perak setelah perenang Thailand Benjaporn Sriphanomthorn, yang menduduki tempat kedua, didapati bersalah mengambil bahan terlarang.



Liew kini menjadikan kenyataan impiannya menjadi atlet Olimpik sejak 17 tahun lalu.



"Semasa muda dan berenang dalam kolam renang, tidak terlintas dalam fikiran saya bahawa suatu hari nanti saya boleh menjadi seorang atlet Olimpik, dan sekarang saya akan ke Olimpik. Ia benar-benar di luar jangkaan.



"Nasihat saya kepada sesiapa pun atau anak muda yang melibatkan diri dalam sukan... jangan sesekali menolak peluang kerana anda tidak akan tahu ke mana ia boleh membawa anda," katanya.



Mengimbas kembali, Liew berkata jika beliau tidak keluar daripada selesanya, beliau mungkin tidak berpeluang beraksi di Olimpik.



"Jika saya terus mempunyai fikiran bahawa saya seorang perenang kolam, mungkin saya tidak akan mencuba berenang di laut terbuka dan saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang.



"Mencuba sesuatu baru dan keluar dari zon selesa saya adalah antara perkara paling penting," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >