Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Dalang sindiket terbesar elak cukai alkohol didenda lebih $28 juta

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



DUA lelaki telah mendalangi skim yang merupakan operasi bersindiket terbesar dan paling lama dijalankan membabitkan alkohol tanpa bayaran cukai yang pernah diketahui di Singapura.



Jumlah cukai yang dielakkan sekitar $25 juta.



Sindiket itu mengalihkan alkohol tidak berbayar cukai bagi jualan setempat untuk tujuan penggunaan di atas kapal yang singgah di Singapura, sekali gus mengelak cukai eksais serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang perlu dibayar ke atas minuman keras itu.



Salah seorang dalang, Lim Wei Luen, kini 41 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan di bawah Akta Kastam membabitkan penipuan mengelak cukai eksais dan GST berjumlah lebih $3,114,858.16.



Sebanyak 16 tuduhan lain diambil kira semasa menjatuhkan hukuman, menurut laporan The Straits Times.



Semalam, Lim didenda sebanyak $28,033,723.44, iaitu sembilan kali ganda jumlah cukai yang tidak dibayar.



Jika tidak dapat membayar denda tersebut, dia akan dipenjara selama enam tahun dan lapan bulan.



Seorang lagi dalang, Teo Tian Soon, juga dikenali sebagai Muhammad Ridwan Teo, 56 tahun, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan didenda hampir $48 juta.



Beberapa pesalah lain yang dikaitkan dengan kes itu termasuk anak saudara Teo, Sheir Azman Mohamed Khalid, 33 tahun, dan Vernon Quek Beng Yong, 47 tahun, turut dihadapkan di mahkamah sebelum ini.



Mahkamah diberitahu bahawa Kastam Singapura membenarkan alkohol dibekalkan kepada kapal-kapal yang singgah di sini bagi penggunaan anak kapal.



Pembekal alkohol dan barangan lain sepertinya - secara kolektif dikenali sebagai "kedai laut", dikenali sebagai jurujual (chandler) kapal.



Dua terminal utama di Singapura yang digunakan untuk tujuan chandler kapal ialah Marina South Wharves (MSW) dan Terminal Penjuru.



Jurujual kapal membeli alkohol daripada pembekal yang stoknya disimpan di gudang berlesen.



Teo dan Lim merangka rancangan mereka setelah bertemu pada 2017. Pada masa itu, Teo merupakan jurujual kapal.



Kesalahan mereka terbongkar pada 7 November 2019, selepas Kastam Singapura menjalankan gerakan menangkap suspek yang terlibat dalam sindiket itu, mahkamah diberitahu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >