Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Elak bayar GST, pengarah firma didenda $105,000

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



PENGARAH syarikat penghantaran barangan di Singapura telah mengelak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berjumlah lebih daripada $20,000 dan telah didenda $105,000.



Tang Yong Hoe, 43 tahun, pengarah syarikat I-Do Logistics mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat bersama penerima konsain dengan memberikan maklumat palsu kepada pegawai kastam, dan satu lagi tuduhan iaitu mengelak pembayaran GST yang melibatkan 67 permit import dengan jumlah $16,842 cukai dielak.



Dua lagi tuduhan serupa juga dipertimbang ketika menjatuhkan hukuman pada 27 September.



Syarikat I-Do mengimport barangan daripada rakan perniagaannya di China, sebelum menyusun dan menghantar kepada penerima di sini.



Tang, warga Singapura, didapati mengelak membayar GST sebanyak $20,204 antara Mac 2017 dengan September 2018 kerana tidak mengisytiharkan nilai barang yang diimport dengan betul.



Dia menggunakan senarai bungkusan daripada rakan perniagaannya dari China untuk memohon permit, walaupun dia tahu senarai itu tidak menyatakan nilai barang yang sebenar.



Dia didapati bersalah setelah pemeriksaan oleh pegawai kastam pada 31 Julai 2018.



Dua penerima konsain telah memberikan senarai bungkusan yang menunjukkan nilai barangan yang kurang supaya dapat mengelak pembayaran GST.



Salah seorang penerima konsain itu, yang tahu bahawa maklumat tersebut palsu, didenda $2,000 pada 28 Julai.



Tang juga didapati membantu satu lagi penerima konsain dengan menyediakan pegawai kastam dengan maklumat palsu yang serupa. Prosiding mahkamah terhadap penerima konsain masih dijalankan.



Di bawah Akta Kastam, sesiapa yang terlibat dalam mengelak atau cuba mengelak pembayaran GST boleh dikenakan denda hingga 20 kali ganda daripada jumlah yang dielak.



Mereka yang ditangkap membuat pernyataan palsu boleh didenda hingga $10,000 atau dipenjara selama setahun, atau kededuanya.



Sesiapa yang dengan sengaja memberikan maklumat palsu boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga $5,000 atau kededuanya.



Jika mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau pengelakan GST, sila hubungi talian Kastam Singapura di 1800-233-0000 atau e-mel kepada custom-intelligence@customs.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >