SEORANG lelaki berusia 19 tahun dikenakan hukuman penjara sembilan minggu semalam dalam apa yang dipercayai sebagai kes pertama melibatkan penunggang basikal yang menyebabkan kematian.
Khairul Hairuman sedang menunggang basikal yang tidak mempunyai brek berfungsi apabila dia gagal mematuhi lampu merah lalu melanggar seorang warga tua.