Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Wanita didakwa miliki hasil jenayah sejumlah $290,000 dihadapkan ke mahkamah

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang didakwa memiliki hasil jenayah berjumlah $290,000 telah dihadapkan ke mahkamah semalam.



Kertas dakwaan mengatakan Noorul Ayn Abdul Shukoor, 47 tahun, yang ketika itu merupakan pengarah Shaahi Restaurant, menerima dana yang disyaki merupakan hasil daripada perbuatan jenayah, sebanyak tiga kali pada Disember 2020.



Dia gagal menjelaskan dengan baik bagaimana dia mendapatkan dana tersebut.



Polis dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata mereka menerima laporan daripada mangsa penipuan cinta Internet pada Disember 2020.



Mangsa itu, seorang wanita berusia 48 tahun, telah berkawan dengan seorang lelaki dalam talian yang mengatakan dia telah menghantar hadiah kepadanya.



Wanita itu kemudian menerima beberapa panggilan telefon memberitahunya bahawa hadiah tersebut ditahan Kastam Singapura dan beliau perlu membayar sejumlah wang agar Kastam dapat melepaskan hadiah itu.



Mangsa memindahkan $16,000 kepada satu akaun bank korporat yang dimiliki tertuduh, seperti yang diperintahkan kepadanya.



Wanita itu kemudian membuat laporan polis apabila disuruh memindahkan lebih banyak wang beberapa hari kemudian dan menyedari beliau telah ditipu.



Polis berkata siasatan menunjukkan bahawa seorang lagi wanita berusia 58 tahun telah memindahkan sebanyak $274,000 kepada akaun bank sama setelah menjadi mangsa penipuan cinta serupa.



Noorul kini dibebaskan dengan ikat jamin $15,000 dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 22 Mac nanti, menurut laporan The Straits Times.



Mereka yang didapati bersalah memiliki atau menggunakan harta yang boleh disyaki dengan munasabah merupakan hasil jenayah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga $150,000 atau kedua-duanya sekali.



Kesalahan gagal mengekalkan rekod perakaunan di bawah Akta Syarikat membawa denda sehingga $5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >