Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari pelajar 'Normal' kini genggam PhD, pensyarah kanan

Dec 29, 2019 | 05:30 AM



PERJALANAN ke arah kejayaan hingga ke menara gading bermula selepas Dr Wan Rizal Wan Zakariah selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Bekas pelajar aliran Normal di Sekolah Menengah Tampines itu mengikuti kursus diploma dalam elektronik di Politeknik Temasek sebelum memasuki NS.



Selesai NS, beliau terus berkhidmat sebagai pegawai sepenuh masa selama setahun.



Namun disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang sukan, Dr Wan Rizal, 41 tahun, memutuskan menjadi seorang guru pendidikan jasmani.



Beliau kembali ke sekolah untuk mengikuti kursus diploma dalam pendidikan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) sebelum memohon bagi program sarjana muda pula.



Dr Wan Rizal berkata tempoh pengajian bagi sarjana mudanya merupakan masa yang agak mencabar, memandangkan beliau perlu mengimbangi tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.



Selepas selesai program sarjana mudanya, Dr Wan Rizal tidak setakat berhenti di situ, malah melanjutkan pengajiannya hingga ke peringkat lebih tinggi hingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah (PhD) dalam sains sukan.



Pensyarah kanan di Sekolah Sukan, Kesihatan dan Riadah, Politeknik Republik (RP) itu berkata perjalanan kejayaan itu merupakan "satu maraton" dan sebagai seorang pelajar matang, beliau dapat memanfaatkan pengalaman kehidupannya untuk melakukan yang terbaik di sekolah.



Selain sibuk menjalankan tugasnya sebagai pensyarah dan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil, Dr Wan Rizal juga aktif melakukan kerja sukarelawan di Pasir Ris East dan Divisyen Punggol East.



Beliau juga mula aktif sebagai aktivis Parti Tindakan Rakyat (PAP) sekitar dua tahun lalu atas dorongan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari.



Sebelum ini, beliau juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid Punggol - kini Masjid Al-Islah - dari 2010 hingga 2015.



Di bawah kepimpinannya, pasukan Dr Wan Rizal berjaya mengumpul dana lebih $5 juta bagi pembinaan masjid yang dibina dengan kos sekitar $17 juta itu.



Beliau melepaskan jawatan itu pada 2016 dan kini berkhidmat sebagai anggota lembaga pengurusan Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris yang berdekatan dengan rumahnya.



"Saya percaya bahawa kejayaan itu bukan milik hanya seorang individu... ia juga tentang sokongan keluarga, rakan, rakan sekerja dan bagi saya, jemaah juga. Mereka membuat saya sedar bahawa kita semua adalah sebahagian daripada sebuah masyarakat.



"Sekitaran itu juga bererti bahawa di Singapura, tidak kira kekayaan atau sama ada kita daripada aliran Normal dulu, jika kita mempunyai motivasi, terdapat laluan yang sedia ada untuk kita berjaya. Oleh itu, kenapa tidak menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah membolehkan kejayaan tersedia buat anda?" kata beliau.




HULUR TENAGA KEPADA MASYARAKAT



Saya percaya bahawa kejayaan itu bukan milik hanya seorang individu... ia juga tentang sokongan keluarga, rakan, rakan sekerja dan bagi saya, jemaah juga. Mereka membuat saya sedar bahawa kita semua adalah sebahagian daripada sebuah masyarakat.
- Dr Wan Rizal Wan Zakariah yang aktif melakukan kerja sukarelawan di Pasir Ris East dan divisyen Punggol East. "




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >