Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari urus tentera beralih kerjaya urus khidmat rel

Menukar kerjaya ke dalam industri baru bukan satu perkara yang mudah. Inilah situasi yang dihadapi Encik Muhammad Zafrie Sudiyono tatkala beliau memutuskan untuk mencuba bidang kerjaya baru setelah kontrak kerjanya dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tamat. Namun, beliau telah mendekati pusat kerjaya Careers Connect Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat kerjaya. Ikuti kisah perjalanannya mencari pekerjaan baru.
Dec 31, 2020 | 05:30 AM



SETELAH tujuh tahun lamanya berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Encik Muhammad Zafrie Sudiyono memutuskan meninggalkan dunia tentera selepas kontraknya tamat dan membuka lembaran kerjaya baru.



Namun, beliau tidak begitu pasti apakah industri yang harus disertainya dan apakah pekerjaan yang sesuai buat diri beliau.



Ketika berkhidmat dalam SAF dahulu, beliau menggalas beberapa peranan berbeza, seperti Timbalan Ketua Operasi di Institut Tentera SAFTI (SAFTI MI) yang bertanggungjawab bagi semua hal keselamatan untuk acara dan prosedur harian.



Tugas utamanya ialah sebagai pengurus kanan dalam jabatan sokongan latihan yang mengendalikan semua perihal sumber di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) SAFTI MI.



Usahanya mencari pekerjaan baru tidak mudah, dengan Encik Zafrie menerima hanya satu panggilan untuk temu duga kerja selepas menghantar sekitar 15 hingga 20 permohonan pekerjaan.



Encik Zafrie, 28 tahun, bagaimanapun tidak berputus asa.



Beliau telah mendapatkan bantuan di pusat kerjaya Careers Connect Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) di Paya Lebar untuk meningkatkan peluangnya mendapatkan pekerjaan baru.



Dengan bimbingan oleh seorang pembimbing kerjaya di situ, beliau akhirnya berjaya menerima tawaran pekerjaan sebagai pengurus khidmat rel bersama syarikat pengangkutan SMRT.



"Industri rel merupakan sebuah industri yang sentiasa berkembang dan rangkaian rel di Singapura juga semakin meluas. Terdapat peluang baik dalam industri ini," kata beliau yang berhenti berkhidmat dengan SAF pada Jun tahun lalu.



Mengongsi lanjut, Encik Zafrie berkata pembimbing kerjaya di Careers Connect telah membantu beliau mempertingkat dan menyesuaikan resumenya mengikut keperluan bagi industri yang berbeza berdasarkan peranan pekerjaan yang dimohon.



"Mereka membantu saya meningkatkan keyakinan diri apabila menghadiri temu duga kerja dan mengajar saya cara untuk menyesuaikan resume saya supaya ia mengikuti apa yang diperlukan bagi setiap peranan pekerjaan," kata beliau.



Encik Zafrie ditawarkan peranan kerja sebagai pengurus khidmat rel oleh SMRT pada September tahun lalu.



Sebagai pengurus khidmat rel, beliau bertanggungjawab bagi operasi dalam landasan rel untuk khidmat kereta api.



Setiap pengurus khidmat rel mempunyai sekitar 36 pemandu kereta api di bawah penyeliaannya dan beliau perlu memastikan kebajikan mereka dijaga dan piawaian kerja dipenuhi.



Selain itu, tugas Encik Zafrie juga kadangkala memerlukan beliau menjalankan siasatan sekiranya terdapat kejadian yang berlaku dan memastikan semua hal keselamatan dipatuhi.



Dek waktu kerja syif yang berlainan dengan isterinya, Encik Zafrie pada mulanya mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan jadual pekerjaan barunya.



Ini kerana isterinya, Cik Siti Nuraisah, merupakan jururawat yang juga bekerja mengikut syif berbeza dan pasangan suami isteri itu perlu mengatur masa supaya dapat menjaga anak mereka, Yusuf Rayyan.



Namun, mereka akhirnya berjaya menyusun jadual antara satu sama lain demi memastikan mereka dapat terus menjaga anak mereka bersama.



Demi mempertingkat dan memperdalami kemahiran dan pengetahuannya supaya dapat terus menjalankan tugas dengan baik dalam industri rel, Encik Zafrie telah menyertai beberapa kursus kepimpinan dan akan mengikuti beberapa kursus kemahiran baru tidak lama lagi.



Bagi Encik Zafrie, pilihan untuk menyertai industri rel itu adalah satu keputusan yang memuaskan bagi dirinya kerana beliau gembira dapat berkhidmat kepada orang awam dan memastikan mereka dapat menikmati perjalanan yang selamat dan selesa.



"Meskipun sudah setahun kini saya bekerja, saya rasa masih ada banyak lagi perkara untuk dipelajari sedang kami raih pengetahuan baru daripada ramai individu dan pelbagai aspek pekerjaan yang berlainan.



"Saya berharap dapat terus membina kerjaya dalam sistem pengangkutan lebih besar di Singapura, di mana saya dapat menambah nilai apa yang telah saya pelajari selama ini," kata beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >