Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daripada pelajar tercicir, kini cemerlang dapat Bayonet Emas SAF

Feb 24, 2019 | 05:30 AM



MENYIFATKAN dirinya sebagai suka memberontak sewaktu zaman remaja, Kadet Pakar Muhammad Haireen Mahadi, tidak cemerlang dalam pelajaran dan berhenti sekolah menengah pada usia 15 tahun.



"Saya tak bertanggungjawab, malas dan tidak membuat keputusan betul tetapi kehidupan tentera telah menerapkan disiplin dan struktur dalam diri saya," kata SCT Haireen, 28 tahun, yang memulakan Perkhidmatan Negara pada 2009 dan kini anggota tetap dengan Angkatan Pengerahan Tentera.



Beliau pernah terfikir ingin terus berkhidmat semasa menjadi anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) tetapi merasakan beliau belum bersedia waktu itu.



Setelah menamatkan kursus sains sukan dan pengajar kecergasan dengan Majlis Sukan Singapura pada 2013, beliau menjadi pelatih kecergasan peribadi dan pengajar bersama Pusat Kecemerlangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi Prestasi Askar.



Baru-baru ini, SCT Haireen dianugerahkan Bayonet Emas kerana merupakan anggota yang terbaik dalam kursus infantri beliau sewaktu Perbarisan Tamat Kursus Kadet Pakar ke-38 di Kem Pasir Laba.



Seramai 1,058 kadet menjadi pakar SAF, menandakan tamatnya Kursus Kadet Pakar selama 22 minggu. Terdapat 938 kadet daripada tentera, 59 daripada angkatan laut, dan 61 daripada angkatan udara.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan dan Kesihatan) Dr Lam Pin Min, yang hadir di acara itu berkata SAF kini angkatan profesional dan efektif yang mampu melindungi warga Singapura dan kepentingan negara.



"Bagi kebanyakan warga Singapura, kesan yang paling penting yang ditinggalkan SAF terletak kepada kebiasaan dalam kehidupan - keupayaan menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa ketakutan atau gangguan," ujarnya.



Dengan pelancaran pertahanan digital sebagai tiang keenam bagi Pertahanan Mutlak 15 Februari lalu, Dr Lam juga menerangkan kepentingan memperkukuh keupayaan pertahanan siber kerana serangan boleh berlaku merentasi sempadan negara, yang boleh membawa gangguan pada seluruh negara.



Beliau menukil contoh seperti Skim NSF Siber yang diperkenalkan tahun lalu bagi memanfaatkan bakat anggota perkhidmatan negara sepenuh masa dan pelancaran dua skim pakar siber bagi pegawai tetap termasuk pembukaan sekolah pertahanan siber baru Rabu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >