Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Arqam agih 1,000 dulang makanan setiap Sabtu

Apr 19, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA bulan Ramadan ini, Darul Arqam menyebarkan keceriaan kepada masyarakat Islam yang memerlukan dengan mengagihkan 1,000 dulang nasi ayam penyet.



Ini termasuk fakir miskin, warga Malaysia berpendapatan rendah yang berada di Singapura mahupun penerima bantuan rakan masyarakat seperti Casa Raudha, dan Projek Jalan Kukoh.



Inisiatif Iftar2U yang baru itu akan mengagihkan 1,000 dulang makanan setiap Sabtu mulai kelmarin sepanjang bulan puasa.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Pegawai Eksekutif Kanan Divisyen Hal Korporat Darul Arqam, Encik Razali Tompang, berkata:



"Kami ingin berkongsi keceriaan berbuka dengan fakir miskin. Kami tahu mereka tidak dapat makan makanan mewah seperti orang biasa. Justeru ini juga sejajar dengan slogan kami iaitu 'Taja sebuah keluarga Ramadan ini, kongsi keceriaan iftar bersama orang lain'," tambahnya.



Menurut Encik Razali, pihak Darul Arqam memang biasanya menganjur iftar beramai-ramai di Darul Arqam setiap minggu pada bulan Ramadan sebelum Covid-19 melanda.Ia dibuka untuk semua dan mereka memberi makan kepada 800 orang.



Oleh kerana mereka tidak dapat melakukan demikian tahun lalu, dan tahun ini juga, mereka memutuskan menghantar makanan itu kepada golongan memerlukan.



Usaha itu yang menggembleng tenaga lebih 200 relawan termasuk para pemandu, mempunyai lima tempat pengagihan di serata Singapura.



Antara yang telah menyumbang tenaga untuk menjayakan acara tersebut adalah Cik Farrah Diyana Mohamad Ali, 33 tahun.



Beliau yang merancang untuk turun padang setiap hujung minggu bersama pasukannya berkata beliau ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan mahupun warga Malaysia di Singapura yang memerlukan bantuan dan tidak dapat pulang ke tanah air.



Beliau yang membantu mengagihkan makanan kepada warga Malaysia kelmarin berkata:



"Apabila kita lihat mereka yang dalam kesusahan, kita pun dapat rasa bagaimana perasaan mereka, lebih-lebih lagi warga Malaysia yang jauh dari keluarga, kekurangan gaji dan perlu membayar sewa rumah. Walaupun kami memberi mereka sedikit, mereka tetap hargai dan inilah yang membuat saya terkesan," ujar eksekutif pembangunan perniagaan itu.



Encik Razali berkata inisiatif tersebut memerlukan lebih daripada $60,000 dan sejauh ini mereka sudah mengumpulkan lebih $57,000 atas sumbangan masyarakat.



Orang ramai boleh membuat sumbangan menerusi laman Darul Arqam mcas.sg/donateameal. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >