Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Arqam agih 1,000 dulang makanan setiap Sabtu menerusi projek amal Iftar2U

Apr 17, 2021 | 08:29 PM



SEBANYAK 1,000 dulang nasi ayam penyet diagihkan pada Sabtu (17 April) menerusi usaha Darul Arqam menyebarkan keceriaan kepada masyarakat Islam yang memerlukan sempena bulan Ramadan ini.



Ini termasuk fakir miskin, warga Malaysia berpendapatan rendah yang berada di Singapura mahupun penerima bantuan rakan masyarakat seperti Casa Raudha, dan Projek Jalan Kukoh.



Inisiatif Iftar2U yang baru itu akan mengagihkan 1,000 dulang makanan setiap Sabtu mulai Sabtu sepanjang bulan puasa.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Pegawai Eksekutif Kanan Divisyen Hal Korporat Darul Arqam, Encik Razali Tompang berkata:



"Kami ingin berkongsi keceriaan berbuka dengan mereka yang fakir miskin. Kami tahu mereka tidak dapat makan makanan mewah seperti orang biasa. Justeru ini juga sejajar dengan slogan kami iaitu 'Taja sebuah keluarga Ramadan ini, kongsi keceriaan iftar bersama orang lain'," tambahnya.   



Usaha itu yang menggembleng tenaga lebih 200 relawan termasuk para pemandu, mempunyai lima tempat pengagihan di serata Singapura.



Encik Razali berkata inisiatif tersebut memerlukan lebih daripada $60,000 dan sejauh ini mereka sudah mengumpulkan lebih $55,000 atas sumbangan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >