Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Arqam agih daging korban buat 600 keluarga memerlukan

Jul 31, 2022 | 05:38 PM



SEBANYAK 600 keluarga menerima daging korban yang diagihkan Darul Arqam pada pagi Ahad (31 Julai).



Pada acara tersebut, sebanyak 1,200 kilogram daging telah diagihkan oleh sukarelawan Darul Arqam yang terdiri daripada 60 pemandu kereta dan van.



Melancarkan acara tersebut di Onan Road adalah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Presiden Darul Arqam, Encik Adam Foo berkata:



“Apa yang kami ingin lakukan adalah meningkatkan pengetahuan tentang ibadah korban dalam kalangan mualaf.



“Ada di antara mereka tidak tahu bahawa mereka boleh menunaikan ibadah korban atau menerima daging korban.’’



Encik Foo menambah acara seperti ini turut memberi peluang bagi mualaf di sini menyumbang kepada masyarakat.



Seawal 8.30 pagi Ahad, sukarelawan Darul Arqam berkumpul untuk membungkus daging korban yang ditaja oleh Hezom International.



Antara mereka yang menerima daging ini adalah fakir miskin, mualaf, warga emas serta beberapa pekerja migran dari Malaysia.



Turut hadir di acara itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.



Semasa pandemik Covid-19, Darul Arqam telah melakukan pelbagai usaha menyokong pekerja migran melalui pengagihan makanan.



Menghargai usaha ini Dr Azfar berkata:



“Antara isu yang diketengahkan kepada saya semasa saya baru sahaja masuk pejabat adalah warga Malaysia yang terjejas kerana sekatan sempadan akibat Covid-19.



“Warga Malaysia di sini telah berusaha untuk membantu antara satu sama lain semasa tempoh ini selain daripada menerima sokongan daripada Suruhanjaya Tinggi,” katanya.



“Selain itu terdapat ramai juga yang tampil ke hadapan untuk menyokong warga negara kami dan saya amat menghargai usaha itu,” tambahnya.



Tahun ini merupakan tahun keenam Darul Arqam menganjurkan pengagihan daging korban kepada mereka yang memerlukan.



Melalui kempen ini, penderma mempunyai pilihan untuk menderma setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai mualaf atau orang Islam amnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >