Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Arqam agih zakat $206,000 kepada fakir miskin

May 27, 2018 | 03:57 PM



DARUL Arqam mengagihkan sekitar $206,000 kepada golongan fakir miskin semasa Ramadan tahun ini sempena satu acara pengagihan zakat di bangunan badan itu di Onan Road pada Ahad.



Seramai 600 keluarga menerima $255 wang tunai, baucar NTUC bernilai $55 dan beg habuan mengandungi makanan keperluan harian bernilai $33 setiap keluarga.



Acara tahunan Pengagihan Zakat Ramadan 2018 itu merupakan sebahagian daripada program fakir miskin Darul Arqam.



Badan tersebut mengagihkan zakat dan fidyah kepada golongan yang memerlukan setiap Ramadan bagi membantu mereka semasa bulan suci ini dan juga bagi persiapan Hari Raya.



Tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, turut membantu mengagihkan wang zakat.



Semasa berucap, Dr Maliki berkata sementara beliau amat gembira atas sumbangan individu dan korporat bagi tujuan amal, beliau berkata mengagihkan zakat dan menghulurkan sokongan kewangan hanya satu aspek membantu golongan fakir miskin.



Beliau berkata masyarakat perlu lebih sedar tentang cabaran yang dihadapi golongan itu dan memastikan mereka mempunyai akses kepada sokongan dan sumber yang diperlukan untuk mengatasi cabaran.



Ini agar mereka mendapat intervensi lebih lama dan berkekalan agar keluarga sedemikian boleh berdikari dan tidak lagi bergantung pada bantuan pada masa depan.



Dr Maliki menambah bahawa aspek sokongan utama yang diperlukan keluarga fakir miskin adalah pendampingan kerana mereka mungkin berdepan dengan isu lain seperti kesihatan, keganasan rumah tangga, penagihan dan kurang kemahiran pekerjaan. Masyarakat perlu menjadi teman mereka dan menunjukkan di manakah sumber bantuan boleh didapati.



Salah seorang benefisiari di acara itu ialah Cik Kahtijah Abdullah, 64 tahun. Beliau  kehilangan suaminya 23 tahun lalu akibat kemalangan di tempat kerja dan kini tinggal bersama abangnya yang mengalami masalah arteri jantung tersumbat dan tiga cucunya.



“Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada Darul Arqam atas bantuan dan barang yang diberikan. Ia dapat membantu mengurangkan beban kami,” kata Cik Kahtijah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >