Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Arqam derma $50,000 untuk bantu rakyat Palestin

May 29, 2021 | 05:30 AM



DARUL Arqam Singapura telah menyumbang $50,000 kepada Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin (RLAF) bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.



Dalam satu kenyataan, badan kebajikan itu berkata sumbangan itu akan menyokong usaha RLAF menerusi Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).



Ini termasuk bantuan dari segi kesihatan, makanan, serta perkhidmatan sosial bagi masyarakat yang terjejas dengan perkembangan terbaru di Gaza.



"Darul Arqam berharap dengan derma ini, usaha untuk mempercepat bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza akan berhasil," kata Darul Arqam.



Presiden Darul Arqam, Encik Muhammad Imran Kuna telah menyerahkan sumbangan Darul Arqam itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, di ibu pejabat RLAF di Masjid Yusof Ishak semalam.



Hingga kelmarin, RLAF telah mengumpul sebanyak $2.75 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza, sejak memulakan kempen itu seminggu lalu pada 22 Mei - antara jumlah tertinggi yang dikumpulnya sejauh ini.



Orang ramai masih lagi boleh menderma ke RLAF menerusi kaedah berikut hingga esok :



- PayNow - UEN: 200910530ZCHQ dan catatkan 'Gaza' di bahagian catatan



- Pemindahan wang antarabank menerusi RLAF (Rahmatan Lil Alamin Foundation). Pindahkan kepada Akaun Semasa OCBC di nombor akaun: 601313315001.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >