Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Darul Arqam sumbang $50,000 untuk bantu rakyat Palestin

May 28, 2021 | 02:21 PM

DARUL Arqam Singapura menyumbang $50,000 kepada Yayasan Rahmatan Lil ‘Alamin (RLAF) bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Khamis (27 Mei), badan kebajikan itu berkata sumbangan itu akan menyokong usaha RLAF menerusi Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Ini termasuk bantuan dari segi kesihatan dan perkhidmatan sosial bagi masyarakat yang terjejas dengan perkembangan terbaru di Gaza.

“Darul Arqam berharap dengan derma ini, usaha untuk mempercepat bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza akan berhasil,” kata Darul Arqam.

​​RLAF berkata hingga pagi Khamis (27 Mei), sebanyak $2.75 juta telah dikumpul untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3