Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Darul Arqam sumbang dana $20,000 kepada Mercy Relief, bantu mangsa banjir Pakistan

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



DARUL Arqam telah bekerjasama dengan Mercy Relief dalam usaha membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang dahsyat di Pakistan dengan menghulurkan sumbangan sebanyak $20,000 kepada dana kemanusiaan Bantuan Banjir Pakistan 2022.



Bantuan itu akan meliputi pengagihan pek makanan dan kain tarpaulin (kain kalis air), untuk tempat perteduhan sementara, kepada sekitar 700 keluarga yang terjejas akibat banjir itu.



Bercakap kepada Berita Harian semasa memberikan sumbangan itu di pejabat Mercy Relief di Toa Payoh Lorong 1 semalam, Encik Adam Foo, Presiden Darul Arqam, berkata Darul Arqam berterima kasih kepada Mercy Relief kerana memberi peluang kepada mereka menghulurkan bantuan dalam usaha kemanusiaan itu.



"Kami merasakan usaha ini penting untuk menghulurkan bantuan dan telah menanam hasrat bersama dalam memberikan sumbangan sejak mengetahui mengenai kecemasan ini.



"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mercy Relief dan kami harap sumbangan kami dapat meningkatkan kesedaran kepada orang ramai bahawa mereka juga dapat memainkan peranan dalam memudahkan urusan di sana," jelas Encik Adam.



Turut hadir dalam majlis penyampaian cek sumbangan itu ialah pengurus besar Darul Arqam, Cik Norsiah Saad; Pengerusi Mercy Relief, Encik Satwant Singh; pengarah eksekutif, Cik Angelina Ong; dan pengarah lembaga, Encik Vincent Ling.



Mengulas sumbangan itu, Encik Singh pula berkata:



"Bantuan seperti ini memberikan NGO (badan bukan pemerintah) harapan dalam usaha kami."



"Antara perkara yang penting adalah kami harus memenuhi keperluan mangsa. Walaupun terikat kepada bilangan bantuan yang terhad dari segi jumlah pengumpulan dana serta bilangan kakitangan, kami akan tetap membantu sedaya upaya."



Pakistan, negara kelima paling ramai penduduk di dunia, sedang bertahan daripada hujan yang tidak menentu melimpah di seluruh negara - dari utara ke selatan.



Hujan lebat yang mengakibatkan banjir itu menjejas 33 juta penduduk di Pakistan sejak pertengahan Jun dan lebih 1,600 orang terkorban dalam bencana malang itu.



Wilayah Sindh, terletak di paling selatan, adalah antara dua wilayah yang paling terjejas dari segi kesan manusia dan infrastruktur. Hujan turun 5.7 kali ganda melebihi daripada yang pernah dialami sepanjang beberapa minggu lalu, paling buruk dalam masa 30 tahun.



Selain bantuan pek makanan dan kain tarpaulin, Encik Singh juga berkata Mercy Relief akan mengusahakan untuk membina 10 tapak perubatan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan antenatal, rawatan posnatum dan penjagaan bayi yang baru lahir.



Ini akan membantu sekitar 2,386 wanita yang memerlukan penjagaan sedemikian. Nilai bantuan ini berjumlah sekitar AS$23,000.



Sejauh ini, Mercy Relief telah menerima hampir $100,000 dana sumbangan dan menyasarkan untuk mengumpul $500,000.



Mercy Relief kini bekerjasama rapat dengan rakan kongsi Program Bantuan Luar Bandar (NRSP) di Pakistan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai mangsa banjir di wilayah Sindh yang teruk terjejas.



Bagi mereka yang ingin menyumbangkan bantuan kepada usaha Bantuan Banjir Pakistan 2022, sila ke laman Mercy Relief di mercyrelief.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.




"Kami merasakan usaha ini penting untuk menghulurkan bantuan dan telah menanam hasrat bersama dalam memberikan sumbangan sejak mengetahui mengenai kecemasan ini.
Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mercy Relief dan kami harap sumbangan kami dapat meningkatkan kesedaran kepada orang ramai bahawa mereka juga dapat memainkan peranan dalam memudahkan urusan di sana."
- Presiden Darul Arqam, Encik Adam Foo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >