Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JEMAAH MASJID KONGSI KENANGAN

Darul Makmur ibarat 'rumah kedua', jalin persahabatan dengan ramai jemaah lain

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



BAGI sebahagian penduduk di Yishun, Masjid Darul Makmur mungkin sekadar tempat untuk mereka menunaikan solat.



Namun bagi Encik Abdul Hamid Ali, masjid yang dibangunkan pada tahun 1987 itu adalah sebuah tempat istimewa.



Beliau telah mencipta banyak kenangan sepanjang hayat di masjid itu sejak pertama kali mengunjunginya sekitar 25 tahun lalu.



Ketika ditemui Berita Harian (BH), jemaah setia itu berkongsi kenangan terindahnya di masjid itu yang bakal ditutup untuk menjalani kerja peningkatan pada Mei 2023.



Encik Hamid, 79 tahun, jarang melepaskan peluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Makmur. Kini seorang pesara, beliau biasanya menunggang motosikalnya ke masjid yang terletak di Yishun Avenue 2 itu.



"Saya ada sakit bahagian belakang badan dan tidak dapat berdiri lama, jadi saya suka mencari sudut di dewan solat yang ada dinding untuk saya bersandar.



"Ia tidak mengapa jika saya tidak dapat bersandar pada dinding tetapi kalau boleh, saya akan datang ke masjid awal untuk mendapatkan tempat di sudut kegemaran saya," katanya sambil menunjuk ke arah sudut di dewan solat di aras satu.



Selain solat Jumaat, Encik Hamid juga menunaikan solat tarawih dan solat Hari Raya di masjid itu.



Melalui kunjungannya yang kerap, beliau dapat menjalin persahabatan dengan ramai jemaah lain yang hingga kini masih lagi akrab bersamanya.



"Saya ada ramai kawan di sini. Salah satu daripada mereka adalah pengurus masjid Ustaz Ruhaizan Abdullah yang sangat rapat dengan saya. Saya menganggapnya sebagai seorang anggota keluarga.



"Kami kadang-kadang pergi melancong dengan keluarga kami dan juga melakukan umrah bersama," ujar Encik Hamid sambil tersenyum ke arah Ustaz Ruhaizan, yang secara kebetulan melalui dewan solat pada ketika itu.



Namun, muka beliau yang tersenyum bertukar serius sebaik berkongsi tentang beberapa kawan yang beliau telah kehilangan.



"Baru-baru ini seorang kawan saya meninggal dunia. Beliau selalu menyambut saya di masjid dan kami akan sering bergurau sesama sendiri dan pergi makan sama-sama.



"Tetapi tiba-tiba pada suatu hari, saya tidak melihatnya di masjid dan diberitahu oleh kawan-kawan lain yang beliau sudah meninggal dunia," kata beliau.



Dalam pada itu, Encik Hamid berasa sudah tiba masanya untuk masjid dipertingkatkan untuk menampung lebih ramai jemaah dan percaya pihak masjid tahu apa yang diperlukan untuk membuatnya lebih selesa untuk para jemaah.



Buat masa ini, masjid itu dapat menampung sekitar 2,500 jemaah setiap waktu dan pihak masjid merancang mahu menambah kapasiti ruang solat kepada lebih daripada 3,500 jemaah.



Mengulas tentang solat Hari Raya yang bakal diadakan pada Sabtu, Haji Abdul Hamid berkata:



"Ia merupakan solat Hari Raya terakhir sebelum masjid ditutup selama dua tahun untuk menjalani kerja peningkatan, jadi saya rasa solat Hari Raya tahun ini amat istimewa.



"Saya tak sabar menanti masjid ini dibuka semula nanti."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >