Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dasar cukai SG galak ekonomi daya saing, warga inklusif: DPM Wong

Dasar turut bantu peralihan ke arah masa depan yang lebih mampan, katanya sempena Simposium Menteri G20 di Bali
Jul 16, 2022 | 05:30 AM



DASAR cukai Singapura terus menggalak ekonomi yang berdaya saing, masyarakat yang inklusif dan peralihan ke arah masa depan yang lebih mampan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Berkata demikian semasa berucap di Simposium Menteri G20 mengenai Cukai dan Pembangunan kelmarin, Encik Wong berkata: "Usaha juga terus dijalankan untuk memastikan sistem cukai dan perbelanjaan negara kekal adil dan progresif.''



Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, sedang menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) Kumpulan 20 Negara (G20) di Bali, Indonesia.



Dalam pada itu, Encik Wong dan Presiden Bank Pembangunan Asia (ADB), Encik Masatsugu Asakawa, turut memeterai satu memorandum persefahaman (MOU).



Perjanjian tersebut menggantikan satu lagi perjanjian yang ditandatangani Singapura dan ADB pada 2012 untuk mempertingkat usaha perkongsian pengetahuan serta kerjasama dalam bidang tadbir urus dan dasar awam, pembangunan sektor privet dan perubahan iklim.



Dengan MOU baru itu, kedua-dua pihak bermatlamat membina lagi bidang kerjasama ini dengan memberi tumpuan pada usaha memanfaatkan pelaburan, pembiayaan, kemahiran pengurusan dan teknologi daripada sektor awam dan privet Singapura bagi projek pembangunan sektor privet di negara anggota ADB yang sedang membangun, kata Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan.



Negara anggota ADB termasuk Myanmar, Sri Lanka dan Timor Leste.



Singapura merupakan anggota pengasas ADB ketika bank tersebut dibentuk pada 1966.



Singapura turut meminjam daripada ADB hingga 1980 dan sejak 2001, negara ini telah menyumbang kepada pelbagai dana yang dikendali atau disokong oleh bank itu.



Dengan perjanjian itu, ADB dan Singapura juga akan bekerjasama untuk menggalak penggunaan teknologi baru dan proses inovatif dalam bidang seperti membangunkan bandar yang sesuai didiami, menangani cabaran perubahan iklim serta memanfaatkan teknologi kewangan untuk mempertingkat kecekapan pasaran kewangan.



MOF berkata ADB dan Singapura juga akan memperkukuh lagi kerjasama inovasi digital dalam bidang seperti sokongan bagi syarikat pemula.



Pejabat Singapura ADB, yang dibuka pada 2020, akan memainkan peranan utama dalam usaha memperluas kerjasama di bawah perjanjian baru itu.



Encik Wong berkata Pejabat Singapura ADB telah mencapai kemajuan baik meraih pelaburan bagi projek di negara anggota yang sedang membangun meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran akibat pandemik Covid-19.



"Singapura gembira dapat mempertingkat kerjasama rapat kami dengan ADB.



"Ini akan membolehkan kami memberi tumpuan pada pendekatan yang baru dan inovatif terhadap cabaran seperti perubahan iklim dan peralihan tenaga.



"Ini juga akan membantu memastikan kemakmuran yang dapat dikongsi bersama serta lebih banyak pembangunan yang mampan bagi rantau ini," ujar Encik Wong.



Laporan lanjut: DPM Wong bincang isu ekon dengan Menteri Kewangan India




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >