Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dasar salah guna dadah dibuat bersandar apa yang terbaik bagi S'pura: Shanmugam

Menteri Ehwal Dalam Negeri juga jelaskan dalam satu temu bual dengan Bloomberg keputusan tidak ditentukan oleh aktivis antihukuman mati, akhbar antarabangsa
Sep 16, 2022 | 05:30 AM



DASAR penyalahgunaan dadah dan hukumannya di Singapura ditentukan oleh apa yang dianggap terbaik bagi rakyat negara ini.



Ia tidak dibuat di Kuala Lumpur atau Bangkok, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam semalam.



Ia juga tidak ditentukan oleh aktivis antihukuman mati serta tiga atau empat akhbar antarabangsa, kata Encik Shanmugam dalam satu temu bual dengan Bloomberg.



Encik Shanmugam telah ditanya oleh Cik Haslinda Amin dari Bloomberg Television mengenai kesan ke atas Singapura menyusuli perubahan di negara-negara serantau terhadap penggunaan dadah terkawal, seperti ganja.



Peluang mendapatkan dadah yang lebih luas mewujudkan lebih banyak cabaran tetapi majoriti rakyat Singapura memahami bahawa dadah memudaratkan untuk masyarakat, tambahnya lagi.



Shanmugam: Dasar pemerintah tidak dibuat di KL atau Bangkok...



Thailand mengesahkan penggunaan ganja pada Jun, manakala pegawai-pegawai di Malaysia telah dilaporkan sedang mempertimbangkan penggunaannya dalam perubatan baru-baru ini.



Encik Shanmugam berkata: "Terdapat sekumpulan kecil yang berpendapat ia patut disahkan.



"Dan kerana gambaran yang diberikan di dalam media popular, sebahagian kecil daripada orang muda cenderung mempunyai pandangan yang sedikit berbeza mengenai ganja, dan ini adalah satu cabaran yang kita perlu harungi.



"Tetapi anda tahu, dasar pemerintah Singapura tidak dibuat di Kuala Lumpur atau Bangkok.



"Ia juga tidak ditentukan oleh 400 orang serta tiga atau empat akhbar antarabangsa."



Beliau memberi contoh kesan negatif yang diperhatikan di negara-negara lain, seperti peningkatan dalam pengeboman oleh kumpulan-kumpulan yang berkaitan dengan dadah di Sweden.



Beliau juga memberi contoh krisis opioid di Amerika Syarikat yang menyaksikan kematian akibat dos berlebihan dadah telah meningkat dalam dekad yang lalu.



"Anda melihat semua ini, dan anda memberitahu saya bahawa Thailand telah membenarkan ganja beberapa bulan yang lalu dan Malaysia bercakap mengenainya.



"Tetapi, mari kita memandang kepada fakta," kata beliau.



Di permulaan temu bual itu, Encik Shanmugam telah ditanya apa yang boleh mengubah pendirian Singapura mengenai hukuman mati.



Cik Haslinda memberi contoh kumpulan hak manusia serta hartawan dari Britain, Encik Richard Branson, yang pada awal tahun ini menggesa untuk mendapatkan pengampunan bagi kes Nagaenthran K. Dharmalingam yang berprofil tinggi.



Dia adalah seorang rakyat Malaysia yang telah dihukum mati pada bulan April kerana mengedar heroin ke Singapura.



Encik Shanmugam menjawab bahawa terdapat andaian bahawa wacana penting dan sokongan orang ramai terhadap hukuman mati wujud di sini.



"Apabila aktivis yang menentang hukuman mati menganjurkan protes, mereka mendakwa bahawa 400 orang hadir," kata beliau, yang merujuk kepada satu perhimpunan di Hong Lim Park pada bulan April.



Tetapi lebih 80 peratus rakyat Singapura yang ditinjau Kementerian Ehwal Dalam Negeri tahun lalu menyokong hukuman mati, kata beliau.



Beliau menambah bahawa tugas pemerintah adalah untuk melakukan yang terbaik bagi warga Singapura demi kepentingan masyarakat.



Pemerintah percaya bahawa hukuman mati telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa kerana ia menjadi satu penghalang bagi orang ramai.



"Jika 400 orang serta tiga artikel dalam akhbar boleh mengubah dasar pemerintah, atau jika Encik Richard Branson boleh mengubah dasar pemerintah, maka Singapura tidak akan berada di mana ia berada hari ini," kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >