Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Data 14,200 penghidap HIV S'pura diedarkan dalam talian oleh penipu Amerika yang diusir dari sini

Jan 28, 2019 | 07:27 PM



MAKLUMAT rahsia 14,200 orang dengan HIV, termasuk nama, nombor telefon dan maklumat perubatan mereka, telah dicuri dan diedarkan dalam talian, dan pelakunya ialah seorang penipu warga Amerika, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (28 Jan).


 


Mikhy Farrera-Brochez, lelaki di sebalik pembocoran maklumat itu, tinggal di Singapura sejak 2008 sebelum dipenjara pada 2017 bagi beberapa kesalahan berkaitan dadah serta penipuan dan berbohong kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang status HIV-nya.


 


Pasangannya ialah Ler Teck Siang, seorang doktor lelaki Singapura yang merupakan ketua Unit Kesihatan Awam Nasional (NPHU) MOH dari Mac 2012 hingga Mei 2013 dan mempunyai akses ke Pendaftaran HIV bagi kerjanya.


 


Dia telah didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana gagal menjaga dengan sewajarnya maklumat rahsia berkaitan pesakit positif HIV.


 


Rekod yang dibocorkan termasuk milik 5,400 warga Singapura yang disahkan menghidap HIV sehingga Januari 2013, dan 8,800 warga asing yang didiagnos sehingga Disember 2011, kata MOH dalam sidang media di Bangunan Kolej Perubatan.


 


MOH berkata ia telah menghubungi individu terjejas bagi memberitahu dan menolong mereka sejak Sabtu (26 Jan), dan bekerjasama dengan pihak tertentu untuk menghapuskan akses ke maklumat itu.


 


Namun maklumat tersebut masih dalam tangan Farrera-Brochez yang diusir selepas dia menjalani hukuman penjaranya. Dia kini kekal berada di luar Singapura.


 


Kementerian itu berkata ia diberitahu oleh polis Selasa lalu (22 Jan) bahawa maklumat rahsia tentang pesakt HIV telah dibocorkan, dan membuat laporan polis keesokan harinya (23 Jan).



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >