Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Data 1.5 juta pesakit SingHealth, termasuk PM Lee, diceroboh dalam serangan siber

Jul 20, 2018 | 05:35 PM



DATA peribadi seramai 1.5 juta pesakit SingHealth, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong, telah diceroboh dalam satu serangan siber besar-besaran yang bermula 27 Jun lalu.



Maklumat itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, kaum dan tarikh lahir.



Penyerang juga telah mengakses maklumat mengenai ubat-ubatan klinik pesakit luar (outpatient) seramai 160,000 pesakit, termasuk PM Lee, daripada jumlah 1.5 juta pesakit ini.



Siasatan mengesahkan bahawa serangan siber itu “ disengajakan, disasarkan dan dirancang dengan teliti” dan “bukan kerja penggodam biasa atau geng jenayah”.



Penyerang juga menyasarkan secara khusus dan berulang kali untuk mendapatkan maklumat peribadi dan maklumat perubatan Perdana Menteri.



Ini diumumkan dalam satu sidang media yang dihadiri Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dan Menteri Perhubungan dan Penerangan S. Iswaran pada 20 Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >