Data 580,000 anggota program KrisFlyer, PPS SIA diceroboh, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Data 580,000 anggota program KrisFlyer, PPS SIA diceroboh

Mar 04, 2021 | 11:09 PM

SEKITAR 580,000 anggota program ganjaran Singapore Airlines (SIA) terjejas disebabkan pencerobohan data oleh sebuah syarikat teknologi maklumat pengangkutan udara dari luar negara.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis (4 Mac) malam, SIA berkata nombor keahlian, status taraf dan juga nama anggota program PPS dan KrisFlyer yang dikendalikan syarikat penerbangan itu diceroboh.

Namun pencerobohan maklumat itu tidak membabitkan kata laluan atau maklumat kad kredit anggota, lapor akhbar The Straits Times (ST).
 
Ia juga tidak melibatkan data pelanggan lain seperti itinerari pelanggan, tempahan mereka, pembelian tiket, nombor pasport dan alamat emel mereka.

SIA berkata pencerobohan data itu berpunca daripada syarikat teknologi maklumat pengangkutan udara Sita yang sistem server perkhidmatan penumpang syarikat tersebut digodam.
 

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map