Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BANCI PENDUDUK 2020

Data ikut etnik bagi hulur bantuan pabila perlu

Perangkaan berdasar kaum khusus mengenal pasti data secara terperinci dan cara lebih kesan untuk tanganinya
Jun 18, 2021 | 05:30 AM



DATA yang dikategorikan berdasarkan kaum kekal relevan buat Singapura dan dilakukan dengan "niat terbaik", untuk memastikan tiada kumpulan ketinggalan secara tidak sengaja dan untuk mengetahui di mana untuk campur tangan bagi menghulurkan bantuan.



Menjelaskan mengapa data penduduk disenaraikan berdasarkan etnik, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata di satu taklimat media sewaktu pendedahan banci penduduk Singapura kelmarin:



"Sehingga sekiranya sebarang kumpulan mungkin kurang berjaya dalam apa jua bidang berbanding kumpulan lain, maka ia memberitahu kami sebagai satu masyarakat dan dari segi dasar, kami harus melakukan sesuatu untuk cuba dan memastikan kami boleh merapatkan sebarang jurang."



Banci itu dijalankan setiap dekad oleh Jabatan Statistik. Pendapatan terkini menunjukkan bahawa komposisi penduduk negara ini kekal stabil - dengan 74.3 peratus warga Cina, 13.5 peratus orang Melayu dan 9 peratus orang India.



Jumlah penduduk keseluruhan Singapura meningkat daripada 5.077 juta pada 2010 ke 5.686 juta tahun lalu. Penduduk terdiri daripada warga Singapura dan penduduk tetap.



Cik Indranee, yang menyelia Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD), ditanya sekiranya ia berguna untuk terus membentangkan data berdasarkan kaum berbanding penentu sosioekonomi seperti pendapatan - terutama sekali apabila perangkaan mungkin mendedahkan perbezaan yang jelas.



Dalam bidang pendidikan, contohnya, peratusan lulusan universiti tahun lalu adalah 34.7 peratus bagi warga Cina, 10.8 peratus bagi orang Melayu dan 41.3 peratus bagi orang India.



Cik Indranee berkata soalan sebegitu membuat anggapan "semua akan baik-baik sahaja" sekiranya langkah mewujudkan kategori tersebut tidak ada.



"Jika anda tidak mempunyai data ini, kemudian katakanlah satu kumpulan etnik tertentu tidak dalam keadaan begitu baik berbanding dengan yang lain, anda tidak akan tahu berapa ramai (orang), anda tidak akan tahu dalam bidang apa, anda tidak akan tahu sama ada masalahnya adalah pendidikan atau sama ada masalahnya adalah sesuatu yang lain," jelasnya.



"Apa yang anda akan ada hanya satu bahagian data besar... Dan anda tidak akan, contohnya, dapat mendekati atau menangani kumpulan itu dalam cara yang bermakna buat mereka," jelasnya.



Beliau akur pentingnya tidak membentangkan data berdasarkan bangsa mengikut cara yang boleh membawa kepada pecah belah atau tuduh-menuduh.



Pemerintah telah membentangkan perangkaan berdasarkan bangsa dengan keseimbangan yang betul - cukup untuk orang ramai tahu ke mana arah tuju kumpulan berbeza, tetapi bukan mengikut cara yang memudaratkan sebarang kumpulan, katanya.



Cik Indranee menambah beliau menyedari perbualan media sosial sering mengetengahkan beberapa kejadian di mana pemerintah bergantung ke atas data berdasarkan bangsa, tetapi tanpa gambaran penuh.



Di sekolah, contohnya, jika pelajar tidak menunjukkan prestasi baik, kelas tambahan asas ditawarkan kepada semua pelajar daripada semua kaum.



"Ia (hanya) sebahagian kecil di mana mereka mungkin datang dari latar belakang keluarga yang ibu bapanya bertutur hanya dalam bahasa vernakular, di mana terdapat isu tertentu yang mungkin mempunyai kaitan dengan etnik atau budaya," katanya.



Beliau menambah cara menanganinya berdasarkan lensa budaya dan etnik tersendiri, dan itulah pemikiran di sebalik penubuhan kumpulan bantu diri.



Ini merangkumi Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Yayasan Mendaki dan Persatuan Serani (EA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >