Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Data jadi penggerak bantu tentu arah program

Masyarakat Melayu/Islam telah meraih kemajuan dalam pelbagai bidang dalam rangka mencapai visi Masyarakat Gemilang yang disasarkan. Kesungguhan masyarakat mengorak langkah ke arah model masyarakat minoriti berjaya terserlah, meskipun dalam ketidaktentuan yang berpunca daripada pandemik Covid-19 serta pergolakan ekonomi dan geopolitik. Bagi mendampingi masyarakat berdepan dengan cabaran akan datang, prasarana sosial sedia ada perlu terus diperkukuh sepertimana yang disasarkan M Kuasa Tiga (M³) melalui bidang tumpuan berbeza. Ikuti wawancara BERITA MINGGU bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, serta lima pemegang jawatan politik Melayu/Islam lain dalam mengimbas pencapaian masyarakat tahun lalu dan membincangkan perkembangan seterusnya dalam membuka lembaran baru bagi 2023.
Jan 15, 2023 | 05:30 AM



MAKLUMAT atau data yang diperolehi daripada inisiatif atau program yang dilaksana bukan hanya penting untuk diteliti bagi menilai keberkesanannya, malah ia turut menyumbang ke arah usaha mempertingkat program bagi memastikan ia memenuhi keperluan masyarakat, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Menurutnya, langkah yang diambil M Kuasa Tiga (M³) ke arah memperhalusi inisiatif yang dikendali kini lebih banyak berpandukan data, dan ini merupakan antara perubahan positif yang timbul daripada tempoh pandemik Covid-19 yang telah mempercepat transformasi digital bagi banyak pertubuhan.



Menukil contoh Skim Tuisyen Mendaki (MTS), Encik Zaqy berkata kajian data telah dilakukan untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada pencapaian pelajar Melayu/Islam yang menghadiri skim tersebut.



"Soalan utama yang saya akan tanyakan adalah sama ada keberkesanan program yang diadakan boleh dikekalkan apabila ia diperluas, dan prestasi ini perlu dipantau.



"Salah satu perbezaan yang timbul sejak tempoh Covid-19 adalah M³ kini bertindak lebih berpandukan data dan prestasi.



"Ini akan membantu kita melangkah ke hadapan dan lebih tertumpu dalam program-program yang kami kendalikan," ujarnya dalam satu wawancara melibatkan pemegang jawatan politik Melayu/Islam untuk mengongsi perkembangan masyarakat Melayu/Islam sepanjang 2022.



Sebuah kajian tiga tahun yang dijalankan Yayasan Mendaki dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) mendapati kaitan signifikan antara tahap pencapaian akademik dengan status sosioekonomi pelajar Melayu/Islam yang menghadiri MTS.



Kajian melibatkan data lebih 12,000 pelajar MTS dalam kohort 2018 hingga 2022 itu turut mendapati pencapaian dalam Matematik mempunyai kaitan kuat dengan pencapaian akademik secara keseluruhan.



Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki, menambah data yang diperolehi daripada program-program yang dijalankan M³ juga akan dikongsi dengan badan Melayu/Islam (MMO) lain sebagai sumber yang dapat digunakan dalam membentuk inisiatif dan program yang lebih menyeluruh.



Di samping menjadi sumber data yang boleh dimanfaatkan MMO, M³ turut menyasarkan untuk menggilap bakat kepimpinan muda dalam kalangan MMO melalui program Tunas Bersama.



"Kami ingin mendekati pemimpin generasi baru MMO yang boleh bekerjasama lebih rapat dengan M³ bagi merealisasikan visi kita bersama.



"Yang penting adalah untuk bersatu dan mencari cara terbaik bekerjasama dan membangunkan program bersama berdasarkan data yang diperolehi," ujarnya.



Tunas Bersama M³ bertujuan memperkukuh pembangunan kepimpinan lapisan muda, dari segi mengasah bakat, mempertingkat kemahiran dan menjalin rangkaian.



Sejauh ini, sebanyak 12 sesi Tunas Bersama M³ - yang dibentuk 13 anggota sukarelawan dari MMO berbeza - telah dikendalikan.



Pada 2023, peserta juga akan menjalani pelbagai modul termasuk pengurusan perubahan, pengurusan konflik dan perhubungan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >