Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Datuk 89 tahun yang maut dihempap dahan disayangi, berdikari, kata keluarga

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Datuk 89 tahun yang maut dihempap dahan disayangi, berdikari, kata keluarga

Apr 22, 2018 | 08:24 PM

Anak-anaknya mahu beliau tinggal bersama mereka, tetapi Encik Muhammed Sesin, 89 tahun, lebih suka berdikari, tinggal sendirian di flat HDB di North Bridge Road.

Sekitar 5.30 pagi Sabtu (21 April), beliau berjalan ke tempat kerja di Sultan Plaza sebagai pekerja pembersih apabila dahan pokok jatuh menghempap dan membunuhnya.

Allahyarham disahkan meninggal di tempat kejadian oleh paramedik.

Seorang menantunya, Cik Masnawiah Mansor, 53 tahun, berkata beliau terkejut ketika seorang ahli keluarga memaklumkan kematian itu.

"Ayah mentua saya sihat. Ramai daripada kami memintanya tinggal  dengan kami, tetapi beliau suka berdikari. Beliau sentiaca ceria dan bekerja keras," katanya kepada akbar The Straits Times pada Ahad (22 April).

Allahyarham,  yang dikebumikan pada petang Ahad, meninggalkan 13 anak dan lebih 30 cucu. Isterinya telah meninggal pada 2007.

Selepas pengebumiannya, anggota keluarga bertemu dengan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar dan Datuk Bandar Singapura Central Denise Phua di flat Allahyarham.

"Kami akan beri sebarang bantuan kepada keluarganya," kata Cik Phua sambil menambah insiden serupa itu pertama kali berlaku dalam GRCnya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3