SEORANG datuk dan dua cucunya sama-sama ghairah dan bersemangat menanti ketibaan Hari Kebangsaan Singapura Ahad ini.
Betapa tidak, mereka bertiga akan 'turun Padang' beraksi menjayakan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang lebih gah dan istimewa tahun ini kerana bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Singapura (SG50).