Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Datuk, cucu perempuan ditemui mati secara berasingan di Bukit Batok

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dan datuknya yang berusia 84 tahun, ditemui mati di dua tempat berasingan di Bukit Batok petang Khamis lalu, menurut polis semalam.



Remaja tersebut ditemui tidak sedarkan diri di kaki blok HDB di Bukit Batok West Avenue 6 dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Polis berkata, mereka dimaklumkan pada 5.50 petang pada Khamis lalu dan tidak mengesyaki berlakunya perbuatan khianat.



Sejurus kemudian, pada 5.55 petang, polis dimaklumkan berlakunya satu lagi kes kematian luar biasa di sebuah flat di Bukit Batok Street 31.



Jaraknya adalah kira-kira 2 kilometer dari tempat remaja perempuan ditemui.



Lelaki berusia 84 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dengan kecederaan di dada, kata polis.



Paramedik mengesahkan kematiannya di tempat kejadian.



Polis dalam kenyataannya berkata: "Remaja perempuan itu adalah cucu kepada lelaki berusia 84 tahun dan kedua-dua menetap di unit yang sama. Polis sedang menyiasat sekiranya kedua-dua kes ada kaitan."



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, mereka menerima satu panggilan meminta bantuan di Blok 115 Bukit Batok West Avenue 6 pada 5.55 petang dan Blok 363 Bukit Batok Street 31 pada 6 petang, Khamis lalu.



Seorang penduduk di Blok 363 ditukil akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao, bahawa remaja perempuan itu adalah penuntut menengah dua yang tinggal bersama ibu bapa dan datuknya.



Jiran tetangga berkata, lelaki tersebut awal sebelum ini telah menjalani pembedahan dan berjalan dengan menggunakan tongkat, lapor akhbar itu.



Siasatan polis bagi kedua-dua kes sedang berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >