Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Datuk dijel 12 tahun kerana salah laku seks

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 64 tahun dikenakan hukuman penjara 12 tahun semalam atas kesalahan menunjukkan video lucah kepada cucu sebelum dua kali melakukan serangan seks ke atasnya.



Pesalah itu, yang bertugas sebagai pemandu dan tukang bersih sambilan, tidak boleh dinamakan demi melindungi identiti cucu yang ketika kejadian berlaku hanya berusia tujuh hingga lapan tahun.



Cucu itu diperlakukan begitu di flat empat bilik keluarga berkenaan antara 2015 dengan 2016, menurut laporan The Straits Times.



Datuk tersebut mengaku bersalah Februari lalu atas satu tuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan mencabul.



Tiga tuduhan lain - satu tuduhan mencabul dan dua tuduhan menunjukkan video lucah - dipertimbang.



Mahkamah diberitahu bahawa, pada suatu petang awal 2015, lelaki itu memanggil cucunya ke bilik lalu merabanya.



Apabila pembantu rumah keluarga memanggil budak tersebut, lelaki itu mulai panik.



Dia memberitahu budak itu supaya memakai pakaian dan memberi amaran supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai apa yang berlaku. Dia juga berkata perkara itu akan 'timbulkan masalah' dengan ibu bapanya.



Pada Disember tahun sama, lelaki itu dihantar ke pusat pemulihan dadah. Dia dibenarkan pulang pada September 2016.



Lebih seminggu kemudian, pada 28 September, lelaki itu melakukan serangan seks pula ke atas cucu itu di bilik semasa mereka sendirian di rumah.



Dia sekali lagi memberi amaran kepada budak itu supaya tidak memberitahu sesiapa.



Kejadian itu terdedah sebulan kemudian pada 22 Oktober ketika ibu budak itu mengingatkannya supaya tidur lebih awal kerana keluarga itu merancang keluar jalan-jalan esoknya.



Beliau memberitahu anaknya jika dia tidak dapat bangun tepat pada waktu, dia akan tinggal di rumah bersama datuk.



Ini membuat budak itu memberitahu ibunya tentang penderaan seksual yang dilalui.



Terkejut, wanita itu bersemuka dengan bapanya yang mengakui kesalahannya.



Laporan polis dibuat pada hari berikutnya.



Semalam, pihak pendakwa memohon sekurang-kurangnya hukuman 12 tahun penjara ke atas lelaki itu. Dia tidak boleh disebat kerana usianya sudah lebih 50 tahun.



Timbalan Pendakwa Raya Winston Man berkata kes itu "mempunyai unsur kemerosotan nilai intrinsik" dan menegaskan perlunya pencegahan.



Beliau berkata tertuduh telah "menyalahgunakan kepercayaan mangsa dan ibu bapanya" dan merosakkan cucu sendiri dengan menunjukkan bahan pornografi sebelum melakukan serangan seksual.



Peguam bela Derek Kang pula merayu hukuman tidak lebih 10 tahun penjara kerana anak guamnya menunjukkan rasa kesal.



Dia juga memberi kerjasama semasa siasatan polis dan mengaku bersalah bagi menjimatkan masa mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >