Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk, nenek ambil vaksin penggalak demi lindungi diri, keluarga

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



SETIAP minggu, Encik Kamuri Sichor dan isteri Cik Rosnah Khalid sering diziarahi anak cucu mereka di flat mereka di Tampines yang mana mereka akan menjamu selera bersama.



Namun untuk terus menikmati kegiatan itu dalam keadaan wabak ini, langkah tambahan perlu diambil dahulu bagi melindungi diri dan orang tersayang.



Memandangkan bilangan seharian kes baru Covid-19 masih agak tinggi, Encik Kamuri, 72 tahun dengan segera menempah slot suntikan vaksin penggalak Covid-19 sehari selepas beliau diundang menerimanya oleh Kementerian Kesihatan (MOH) melalui SMS dua minggu lalu.



Beliau yang sudah bersara, menerima vaksin penggalak Pfizer Bio-N Tech di pusat vaksin di Our Tampines Hub, terletak sekitar 15 minit daripada blok rumah flat Flexi dua-biliknya di Tampines Street 81.



Manakala isteri, 67 tahun, yang bertugas sebagai kakitangan sekolah menengah berdekatan yang prihatin akan kesan sampingannya telah menempah slot pada 16 Oktober nanti bagi melepaskan waktu sibuk musim peperiksaan di sekolah dahulu.



"Apa yang baik untuk diri kita, kita ambil, kita fikir yang baik sahajalah," kata Encik Kamuri, bapa tiga anak dan datuk sembilan cucu.



"Lebih baik kita sediakan diri kita siang-siang," tambahnya merujuk kepada keadaan Covid-19 yang masih tidak menentu.



Beliau berkata, beliau tidak mengalami sebarang kesan kesihatan sesudah menerima suntikan penggalak.



"Tangan ada rasa sengal sikitlah tapi (secara keseluruhan) tidak ada apa-apa," ujarnya lagi ketika dihubungi semalam.



Cik Rosnah yang menerima teks undangan daripada MOH lebih lewat daripada suaminya itu telah menempah slot lebih awal sebelum ini namun terpaksa menangguhkannya kerana takut kesan sampingannya menjejas kesihatannya semasa bekerja pada waktu sibuk peperiksaan di sekolah sekarang.



Sejak 15 September lalu, Singapura melancarkan program vaksin penggalak Covid-19 yang ditawar kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta mereka yang mempunyai sistem imun dikompromi.



Mereka yang layak menerima vaksin adalah mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya sejak enam bulan lalu.



Mulai semalam juga, penduduk berusia 50 hingga 59 tahun yang sudah divaksinasi sepenuhnya sekurang-kurangnya enam bulan lalu turut dibolehkan menerima dos vaksin penggalak mRNA Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR).



Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung berkata di Parlimen semalam, permulaan bagi progam vaksin penggalak amat menggalakkan.



Beliau mendedahkan seramai 350,000 penduduk sudah menerima suntikan penggalak atau telah menempah slot janji temu daripada sekitar 550,000 orang yang telah diundang mengambil vaksin tersebut.



"Saya rasa sekarang perangkaan itu sudah meningkat - 240,000 daripada mereka telah menerima suntikan itu. Jadi ini satu permulaan yang menggalakkan," kata Encik Ong.



Beliau mendedahkan demikian setelah menjawab pertanyaan mengenai sama ada status pemvaksinan dalam aplikasi TraceTogether akan berubah setelah menerima suntikan ketiga dan jika pihak berkuasa sedang menerokai jenis vaksin lain untuk suntikan itu.



Encik Ong berkata status pemvaksinan tidak akan berubah tidak kira seseorang itu menerima suntikan ketiga atau tidak dan MOH akan terus memberi vaksin mRNA daripada Pfizer-BioNTech dan Moderna sebagai vaksin penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >