Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk, nenek, anak, cucu fasih bahasa Jerman

May 10, 2019 | 05:30 AM



BIARPUN tekak sudah biasa makan sambal belacan, lidah tetap lebih selesa berbahasa Jerman.



Bukan satu, bukan dua, tetapi tiga generasi sekali gus menguasai bahasa ini.



Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Dari datuk dan nenek yang mencorak langkah, hingga anak, kemudian cucu.



Encik Misrudin Anwar, 72 tahun, yang mula 'bertatih' dalam bahasa Jerman pada usia 30-an, berkongsi bahawa beliau memilih mempelajari bahasa Jerman kerana yakin ia mempunyai "nilai komersial" yang akan dapat membezakan dirinya daripada orang lain.



Beliau pada asalnya perlu belajar bahasa Belanda sebagai sebahagian daripada ijazah jurusan Pengajian Indonesia dan Melayu di Universiti London.



Tetapi, bekas guru bahasa Jerman itu memutuskan untuk belajar bahasa tersebut dan berjaya mendapat biasiswa untuk sambung belajar di Jerman.



Siapa sangka, cucunya, Cik Lydia Yasmin Taufiq, 22 tahun, menyusuli 'tradisi' keluarga itu untuk menceburi bahasa ketiga ini di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



"Keluarga saya sering berbual dalam bahasa Jerman dan saya mahu menjadi sebahagian daripada itu.



"Kadangkala mereka buat lawak dalam bahasa Jerman dan saya tak faham," ujar pelajar jurusan Sastera Inggeris itu yang menambah itu merupakan antara motivasinya mendalami bahasa tersebut.



Mulanya sukar kerana terdapat banyak perbezaan dengan bahasa Inggeris serta Melayu.



Misalnya, huruf W bunyinya macam huruf V, manakala huruf V, bunyinya macam huruf F.



Namun, berkat bantuan ibu beliau, Cik Nur Jehan Misrudin Anwar, 49 tahun, serta datuk dan neneknya, Cik Jamaliah Yusuf, 67 tahun, mahasiswi ini sudah berjaya mencapai peringkat empat bagi elektif bahasa Jerman ini.



Beliau berhasrat mahu melanjutkan pelajaran bahasa itu ke peringkat lima, yang merupakan peringkat tertinggi ditawarkan Pusat Bahasa Moden di bawah Sekolah Kemanusiaan, NTU.



Ibu Cik Lydia, Cik Nur Jehan pernah mempelajari bahasa Jerman sewaktu di peringkat GCE 'A', dan mak cik Cik Lydia, Cik Zeti Khalis Misrudin Anwar, 45 tahun, pula kini merupkan guru bahasa Jerman di Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan (MOELC).



Justeru, tidak hairanlah mereka dapat sama-sama bersembang dalam bahasa itu.



Malah, bahasa Jerman sudah sebati dalam kehidupan mereka sekeluarga sehingga ia menjadi salah satu perkara yang mepererat hubungan mereka.



Misalnya, apabila keluar makan bersama, kebanyakan masa, keluarga ini akan bertutur sesama sendiri dalam bahasa Jerman.



Bahkan, gelaran 'opa' dan 'omi' (yang bermaksud datuk dan nenek dalam bahasa Jerman) digunakan Cik Lydia untuk memanggil datuk dan neneknya.



Encik Misrudin berseloroh:



"Mempelajari bahasa Jerman sesuatu yang lain daripada lain dan jika saya dapat mengajarnya kepada ahli keluarga saya, itu amat istimewa. Jadi bila kami berbual, tidak ada orang lain boleh faham!"



Minat datuk 10 cucu ini mempelajari bahasa baru tidak sekadar terhenti setelah beliau menguasi bahasa Jerman sahaja.



Malah, beliau antara lain pernah mempelajari bahasa Arab dan bahasa Tamil secara sendiri.



Kesungguhan yang dilihat dalam datuknya inilah yang memberi inspirasi kepada Cik Lydia untuk berusaha menguasai bahasa baru.



Bahkan, anak sulung dalam tiga adik beradik itu juga mahu mengajar adik-adiknya bahasa Jerman, kerana bagi beliau, ia sesuatu unik yang dikongsi keluarganya.



Tambahnya:



"Mempelajari bahasa baru memperluas perspektif kita. Ia lebih daripada sekadar mengenali bahasa baru, tetapi kita juga dapat selami budayanya, makanannya dan lebih lagi."




"Mempelajari bahasa Jerman sesuatu yang lain daripada lain dan jika saya dapat mengajarnya kepada ahli keluarga saya, itu amat istimewa. Jadi bila kami berbual, tidak ada orang lain boleh faham!"
- Encik Misrudin Anwar, 72 tahun, yang mula 'bertatih' dalam bahasa Jerman pada usia 30-an.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >