Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk Vida buat 3 tuntutan dari Aishah

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



PENAJA program Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Datuk Seri Vida, berkata beliau berdepan kecaman hebat daripada netizen kini.



Menurut Datuk Vida kepada akhbar Sinar Harian, hal itu berlaku sejurus sahaja penyanyi juga juara GV4, Aishah, memuatnaikkan kenyataan dan penggunaan perkataan 'palsu' berhubung barang kemas pemberiannya di laman sosial beliau.



"Boleh dikatakan sebulan saya dikecam hebat dengan netizen.



"Sampaikan saya tulis apa-apa di media sosial, komen semuanya kecaman sahaja.



"Bukan setakat berdepan kecaman, malahan bisnes saya merundum teruk, hampir sebanyak 70 peratus kerugian," akui Datuk Vida dengan nada sedih di sidang media kelmarin.



Sidang itu adalah bagi menjelaskan situasi hadiah pemberiannya yang Aishah dakwa adalah palsu.



Datuk Vida bersedia menemui penyanyi lagu Janji Manismu itu setelah Aishah memohon agar Datuk Vida segera meminta maaf kepadanya.



Beliau bagaimanapun mengemukakan tiga tuntutan iaitu yang pertama, Aishah perlu memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan perkataan 'berlian palsu' terhadap hadiah barang kemas yang diberikan usahawan kosmetik itu.



Tuntutan kedua pula memerlukan kedua-dua pihak bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku dan Aishah atau Dr Vida boleh menetapkan masa dan tempat.



Tuntutan ketiga pula, Aishah perlu memadam semua kenyataan yang dikeluarkan dalam media sosial milik penyanyi itu.



Dalam pada itu, Dr Vida berkata, Aishah perlu memenuhi tuntutan tersebut dalam tempoh tujuh hari mulai kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >