Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daya usaha agih lebih 50,000 makanan, minuman kepada golongan susah Radin Mas

Aug 07, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 50,000 makanan dan minuman percuma telah diagihkan kepada penduduk di Radin Mas dalam tempoh setahun.



Ia dijayakan di bawah satu daya usaha "It's On Me" (Ini Pemberian Saya) yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu di Pusat Makanan Redhill.



Pelanggan daripada pusat makanan itu boleh memilih untuk membayar lebih dan membeli hidangan tambahan - makanan atau minuman - untuk golongan yang kurang bernasib baik



Setiap hidangan makanan atau minuman yang dibeli itu akan dilambangkan dengan magnet kecil yang dilekatkan di hadapan setiap gerai yang mengambil serta dalam inisiatif itu. Lebih 30 penjaja telah turut mengambil bahagian dalam inisiatif itu.



Penerima "Its On Me" kemudian boleh mengambil salah satu magnet dan mendapatkan makanan atau minuman yang percuma daripada gerai tersebut.



Inisiatif itu kini akan diluaskan ke Pusat Makanan Telok Blangah Crescent untuk menyokong penjaja dan membantu penduduk di kejiranan itu yang mungkin menghadapi masalah dengan peningkatan harga makanan, umum Anggota Parlimen Radin Mas SMC, Encik Melvin Yong semalam.



Lebih 30 gerai di pusat penjaja itu telah mendaftar untuk menyertai usaha murni ini.



"Saya gembira dengan kejayaan pelaksanaan inisiatif di Pusat Makanan Redhill.



"Saya senang hati dengan sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan dari serata Singapura dan dari semua lapisan masyarakat, untuk menyumbang makanan dan minuman percuma untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dalam masyarakat kami, pada masa yang sama.



"Kami telah memutuskan untuk meluaskan inisiatif ini ke Pusat Makanan Telok Blangah Crescent. Saya harap pelanggan juga akan menyokong penjaja yang turut menyertai inisiatif ini di sana," kata Encik Yong, yang kawasan undinya meliputi sebahagian daerah Bukit Merah, terutamanya Redhill, Bukit Merah Central, sebahagian daerah Telok Blangah, estet Bukit Purmei dan Mount Faber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >