Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAAN PENERANGAN

Daya usaha baru bantu syarikat setempat tingkat transformasi digital

Ia akan biayai bersama sehingga 70 peratus kos kelayakan sepanjang dua tahun, bantu syarikat bangun pasukan digital utama bagi laksana strategi pendigitalan
Mar 03, 2021 | 05:30 AM



SATU inisiatif baru akan dilancarkan bulan depan untuk membantu syarikat setempat berpotensi untuk mempertingkat usaha mereka menjalani transformasi digital.



Digelar Program Pemimpin Digital, inisiatif itu akan membantu syarikat bersedia untuk menyepadukan teknologi dalam perniagaan mereka bagi membangun keupayaan digital baru agar mereka boleh membangunkan model perniagaan baru dan memanfaatkan peluang pertumbuhan baru.



Ia akan membiayai bersama sehingga 70 peratus kos kelayakan sepanjang dua tahun untuk membantu syarikat menggajikan dan membangun pasukan digital utama dan melaksanakan strategi pendigitalan.



Ini merupakan pasukan khusus dengan kepakaran dan keupayaan yang mendalam dalam bidang tersebut, yang disifatkan penting dalam memacu transformasi digital dalam pertubuhan.



Ia termasuk kemahiran dalam bidang seperti pembangunan sofwe, sains data, keselamatans siber dan pemahaman kukuh terhadap model pengendalian perniagaan.



Mengumumkan program itu semasa perbahasan belanjawan kementeriannya semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, berkata ia juga akan menghubungkan syarikat dengan rakan kongsi teknikal untuk membangunkan produk dan khidmat digital baru selain mempersiap mereka bersaing di peringkat antarabangsa.



"MCI dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan mempertingkat usaha untuk kedua-dua memperluas dan memperkukuh pendekatan digital dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana (SME).



"Bekerjasama dengan agensi ekonomi lain, kami akan menyokong perusahaan di setiap peringkat pertumbuhan, dari peringkat pemula atau start-up hingga berkembang, selain merebut peluang dan menyedari potensi teknologi dan data yang mula timbul (emerging technologies)," ujar Encik Iswaran.



Sebagai permulaan, program itu akan menyokong sehingga 80 syarikat bermula dengan syarikat yang sudah maju dalam transformasi digital dan mempunyai pasukan pengurusan yang komited untuk melaksanakan transformasi sedemikian bagi pertumbuhan yang lebih berkekalan, tambahnya.



Program Pemimpin Digital itu telah dibangunkan bersama oleh IMDA dan Enterprise Singapore.



Pasukan digital utama akan merangkumi peranan kepimpinan digital kanan seperti ketua pegawai teknologi serta lima kakitangan dengan kemahiran digital seperti arkitek perusahaan untuk menjalankan inisiatif digital bagi pertubuhan itu.



Sedang pekerja teknologi maklumat sedia ada secara potensi boleh menubuhkan sebahagian daripada pasukan utama, hanya pekerja baru yang layak bagi sokongan gaji di bawah program berkenaan.



Syarikat boleh memohon pendanaan sehingga 70 peratus mendapatkan khidmat konsultasi bagi membangunkan peta jalan digital untuk membimbing pelan dan pelaksanaan projek digital.



Satu lagi bidang yang layak mendapatkan pendanaan ialah membangunakan bukti konsep produk digital dan khidmat bagi pasaran baru dan pelanggan untuk mewujudkan aliran pendapatan baru bagi syarikat itu.



Syarikat akan dinilai berdasarkan faktor seperti komitmen mereka terhadap transformasi digital, cita-cita alam pelan pendigitalan mereka serta keupayaan untuk mewujudkan peluang ekonomi seperti membangunkan model perniagaan baru dan mereka peluang pekerjaan bagi bakat setempat di sini.




SEKILAS DAYA USAHA MCI



Transformasi ekonomi digital



Tingkat usaha pendigitalan SME dan bantu mereka raih peluang pertumbuhan baru



Lancar inisiatif Khidmat Ketua Pegawai Teknologi (CTO) untuk bantu SME akses sumber pendigitalan dan khidmat penasihat digital



Lancar Program Pemimpin Digital untuk bantu syarikat komited mendigitalisasi model perniagaan



Bantu perniagaan lindungi data dengan lebih baik dan guna data dengan berkesan untuk kekal bersaing



Lancar program Perniagaan Merangsang Data Lebih Baik untuk tawarkan perniagaan dengan sumber dan bahan percuma untuk guna data secara bertanggungjawab dan lebih meluas



Bangunkan masyarakat digital inklusif



Transformasi perpustakaan dan arkib jadi hab pembelajaran digital



Perpustakaan dan Pelan Induk Arkib 2025 (LAB25) untuk perjuang pembelajaran sepanjang hayat dalam zaman digital dan pertingkat kecelikan digital warga



Pastikan ruang digital selamat



Tingkat keselamatan dan daya tahan Prasarana Maklumat Kritikal (CII)



Lancarkan Program Rantaian Bekalan CII yang memperkenal proses dan amalan terbaik



Bantu perniagaan tingkat kedudukan keselamatan siber agar dapat lindungi diri dengan lebih baik dalam ruang digital



Lancarkan Program Selamat Siber SG untuk pertingkat kedudukan keselamatan siber syarikat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >