Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS alih sepenuhnya ke token digital mulai 1 Apr

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



SETELAH tiga tahun secara bertahap menggantikan token fizikalnya untuk perkhidmatan digibank DBS dalam talian dan aplikasi perbankan digital, DBS akan beralih sepenuhnya ke token digital.



Mulai 1 April 2021, hanya token digital dapat digunakan untuk mengakses perkhidmatan digibank DBS, kata bank itu dalam satu kenyataan.



Pengagihan token fizikal itu akan dihentikan pada 1 Februari ini.



Ini bermaksud pengguna perlu menggunakan token digital bank, yang boleh didapati melalui aplikasi perbankan digital DBS, untuk mengesahkan semua transaksi perbankan.



Berlainan daripada token fizikal yang merupakan peranti berasingan, token digital beroperasi dalam aplikasi perbankan digital pada telefon bijak pengguna. Selain itu, fungsi kededua token itu adalah sama.



Bank itu berkata token digital ini lebih mudah kerana pengguna tidak perlu mengganti token fizikal yang biasanya kehabisan bateri setelah sekitar lima tahun.



DBS berkata semalam bahawa sebahagian besar pengguna perbankan digital mereka sudah pun beralih bagi menggunakan token digital tersebut.



Ketua perbankan pengguna DBS, Encik Jeremy Soo, berkata maklum balas setakat ini positif, dengan ramai pelanggan menghargai kemudahan tambahan token digital ini.



"Dengan lebih ramai pengguna menggunakan aplikasi perbankan mudah alih, tujuan kami adalah untuk memastikan akses kepada perkhidmatan kami berjalan dengan lancar dan mudah digunakan, tanpa menjejaskan keselamatan.



"Token digital ini mudah dan tidak perlu dibawa oleh pelanggan secara fizikal dan tidak perlu khuatir mengenai akses kepada perkhidmatan dalam talian atau aplikasi perbankan mudah alih kami sekiranya mereka hilang token mereka," kata Encik Soo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >