Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS lancar institusi latihan digital bagi pupuk bakat teknologi

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



DBS Bank telah melancarkan sebuah institut latihan digital dalam syarikat untuk memupuk bakat teknologi dan merangsang kemahiran teknologi bagi hampir 5,000 tenaga kerjanya.



Akademi Teknologi Masa Depan DBS itu akan pada awalnya meliputi tiga disiplin teknologi - kejuruteraan kebolehpercayaan laman, pemprosesan data dan analitik serta keselamatan aplikasi, kata bank itu semalam.



DBS akan meneliti lebih banyak program bagi meliputi domain teknologi utama lain di akademi itu, yang sebahagian besar dikendalikan dalam maya, bagi 12 bulan mendatang.



"Akademi Teknologi Masa Depan DBS bertujuan membina sistem eko pembelajaran yang menerapkan pendekatan pedagogi gabungan, yang memanfaatkan pakar luar dan kandungan serta pentauliahan yang dibangunkan secara dalaman," ujar DBS.



Ia menambah bahawa ini akan membolehkan pekerja menimba kemahiran teknologi terkini daripada pakar industri luar dan mengaplikasikan kemahiran baru dalam projek teknologi yang diperkenalkan bank itu.



Pakar teknologi bank, juga akan diberi akses kepada wadah pembelajaran digital tertumpu pada teknologi seperti O'Reilly dan Pluralsight, yang akan membolehkan mereka memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan untuk saling melengkapi latihan di akademi itu



Encik Jimmy Ng, ketua pegawai maklumat kumpulan DBS berkata bank itu sentiasa mencari cara inovatif untuk memanfaatkan potensi teknologi sedia ada dan baru untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan.



"Mempunyai Akademi Teknologi Masa Depan DBS kami sendiri membolehkan kami menyesuaikan kurikulum berdasarkan keperluan bank dan membolehkan kami berada di depan perubahan besar di sekililing kami," katanya.



Selain akademi ini, DBS berkata ia akan menaja latihan sekitar 200 warga Singapura yang sekarang dalam program pelatih dengan bank itu.



Pelatih akan menjalani program pentauliahan kemahiran yang ditawarkan oleh akademi itu dan akan diberi akses percuma kepada wadah pembelajaran digital.



"Dengan melengkapi pelatih dengan kemahiran asas dalam bidang teknologi pertumbuhan, DBS berharap untuk menggalak mereka meneroka kerjaya jangka panjang dalam teknologi tidak kira sama ada mereka kekal atau tidak dengan bank ini selepas program pelatih itu," kata DBS.



Cik Vanessa Leo, yang menyertai DBS di bawah Program Pelatih SGUnited pada September selepas lulus daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berkata beliau tidak menyangka dapat menjalani latihan dan program pentauliahan yang sama dengan pekerja sepenuh masa apabila menyertai bank itu.



Sekarang beliau telah mengikuti Program Pendidikan Peningkatan Kemahiran dan Pembangunan itu, yang memupuk siswazah muda bagi kerjaya teknologi dalam peranan seperti pembangunan dan keselamatan siber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >