Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Debar Cinta' tema peraduan cerpen

Jun 01, 2016 | 05:30 AM



PERADUAN menulis cerpen anjuran Berita Harian-Majlis Seni Kebangsaan (NAC) memerlukan peserta menulis menurut tema yang ditetapkan, iaitu 'Debar Cinta'.



Menurut Editor Digital Berita Harian, Encik Puad Ibrahim, tema ini dipilih kerana ia menawarkan peluang kepada penulis 'menyajikan' karya "penuh dramatik lagi menggigit".



Ia sejajar matlamat program Mencari Kristal, yang bertujuan mencungkil bakat penulis tempatan dan merangsang mereka supaya menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan karya.



"Maksud tema 'Debar Cinta' adalah luas, bukan hanya tertumpu pada percintaan antara pasangan kekasih semata-mata.



"Oleh sebab itu, peserta harus menawarkan satu kelainan, kisah atau penceritaan yang kreatif, benar-benar mendebarkan dan mampu mencengkam perasaan dan menarik perhatian pengadil," ujarnya.



Peraduan cerpen itu dibuka kepada warga dan Penduduk Tetap di Singapura.



Peserta berusia di bawah usia 18 tahun pula perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau waris.



Setiap penyertaan perlu dilengkapi borang yang disediakan di laman khas Mencari Kristal di http://mencarikristal.sg.



Setiap cerpen tidak boleh melebihi 2,500 perkataan.



Karya mesti ditulis menggunakan huruf jenis Arial, saiz 11. Manuskrip pula perlu ditaip dalam jarak dua langkau.



Setiap peserta hanya dibenar mengirimkan tidak lebih dua penyertaan.



Setiap karya yang dikirim mesti dilengkapi borang penyertaan yang disediakan dan borang keizinan waris ataupun ibu bapa sekiranya peserta berumur di bawah 18 tahun.



Penyertaan peringkat saringan harus dihantar menerusi e-mel ke alamat mencarikristal@sph.com.sg.



Semua karya mesti diterima pihak Berita Harian pada atau sebelum Jumaat, 22 Julai ini, 5 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >