Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Debar setiap kali terima panggilan

Jan 25, 2021 | 05:30 AM



APABILA bunyi telefon berdering, hati saya sejujurnya berdebar sebab tidak tahu kecemasan apa yang bakal saya hadapi.



Baru-baru ini, saya bersama rakan wartawan lain berkesempatan ke Pusat Komand Operasi Polis (POCC) untuk mengalami sendiri pengalaman menjawab panggilan kecemasan '999'.



Pengalaman itu hanya satu simulasi yang menggambarkan tugas seharian seorang pegawai perhubungan kecemasan di POCC.



Mengangkat panggilan tersebut, saya berkata, "999, apa kecemasan anda?"



Suara cemas menjawab pertanyaan saya.



Si pemanggil memberitahu bahawa pergaduhan antara dua kumpulan berbangsa Cina dan India sedang berlaku di sebuah kedai kopi di blok 115 Bishan Street 21.



Beliau menggesa pegawai polis segera ke tempat kejadian.



Pegawai pengawal di POCC, Inspektor Stesen Uthiyasurian Raju, yang membimbing saya semasa pengalaman itu, menyuruh saya bertanya beberapa lagi soalan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kejadian yang dilaporkan.



"Ada senjata digunakan? Ada sesiapa yang cedera?" tanya saya lagi.



Saya juga meminta nama pemanggil yang dikenali sebagai Encik Hanif dan nombor telefonnya.



Ini, menurut Inspektor Uthiyasurian, supaya saya dapat menghubungi Encik Hanif kembali sekiranya ingin mendapatkan maklumat terkini kejadian.



Meskipun singkat panggilan itu - sekitar kurang seminit - namun ia sarat dengan pelbagai maklumat.



Banyak yang perlu saya serap dan proses dalam fikiran saya.



Maklumat yang diperolehi juga perlu pantas diisi dalam borang dalam talian untuk memfailkannya sebagai laporan polis.



Maklumat ini penting untuk pihak polis membayangkan senario kejadian dan segera mengerahkan bantuan sesuai ke tempat kejadian.



Dalam lima minit, laporan berjaya dibuat.



Nampak macam mudah, kan?



Tetapi, ia adalah lima minit yang amat mendebarkan dan tertekan kerana laporan harus dibuat dengan tepat dan cepat.



Saya tabik pegawai perhubungan kecemasan di POCC yang perlu berdepan ratusan panggilan '999' setiap hari.



Malah, pengalaman itu membuka mata saya mengenai betapa gentingnya tugas pegawai perhubungan kecemasan dalam membantu orang awam dan mencegah jenayah di Singapura.



Mereka adalah barisan pertama untuk mengesan jenayah dan kecekapan mereka dalam meraih maklumat memastikan pegawai polis dapat memberi respons yang berkesan dan segera di tempat kejadian.



Ini lebih-lebih lagi dalam kecemasan yang melibatkan nyawa, mengenai hidup dan mati.



Justeru, pengalaman ini menunjukkan kepada saya erti kecemasan dan talian '999' polis bukan talian gurauan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >